webnovel

DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM

Author: North Night
Fantasy
Ongoing · 2.1M Views
  • 890 Chs
    Content
  • 4.6
    146 ratings
  • NO.200+
    SUPPORT
Synopsis

Dia seorang genius yang tiada tandingan di abad ke-24. Apa yang diperlukan hanyalah sebatang jarum perak dan dia boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Selepas satu letupan, dia merentas masuk ke dunia yang aneh; semua orang memanggilnya, “Puan.” “Puan” yang terdahulu tidak ada roh berkontrak, lemah dan tidak berguna, sehinggakan tunangnya sendiri datang bersama kekasih baru dan membulinya. Sekarang setelah dia mengambil alih, siapa yang berani mengganggunya lagi? Dengan jarum di tangan, dunia ini miliknya! Ke mana saja dia pergi, keajaiban juga menurut sama! Namun, dia telah selamatkan si pengacau. Apa yang dia fikirkan ketika menyelamatkan lelaki itu? Sikap lelaki itu yang menawan dan wajahnya yang tampan amat bertentangan dengan perlakuannya yang kejam. Lelaki itu pula mencuba pelbagai cara untuk memenangi hatinya. Satu kisah menarik yang menyelitkan elemen magik dan percintaan serta menampilkan seorang gadis yang licik sebagai watak utama.

Chapter 1Masa Lalu dan Sekarang

Look punung-ganang dibalut tirai kegelapan. Api kuning yang marak rancak menari menjilat vila gunung tersebut ditemani jeritan tidak berpenghujung yang ditelan kesunyian lembah itu.

Seorang gadis berusia 14 tahun menatap kosong pada suasana itu dengan obor di sebelah tangannya.

Api marak itu menelan semuanya dan hanya meninggalkan bunyi rengutan kayu terbakar.

Terbakar, semuanya telah terbakar.

Sangkar kejam ini telah hilang.

Akhirnya, tempat yang menjadi penjara semenjak 10 tahun yang lepas kini hanyalah lautan api.

[Ke manakah kita menuju?]

Satu suara halus bertanya lembut. Kucing kecil berwarna hitam itu duduk di atas bahu gadis tersebut dan memandangnya dengan sepasang mata jernih sambil menjilat tapak tangannya.

"Mana-mana sahaja, asalkan kita keluar dari sini." Gadis itu merenung hasil seninya buat kali terakhir dan kemudian berpusing, berjalan ke arah gunung-ganang. Bunyi rantai patah yang mengikat buku lali kurusnya berkerincing menemani langkah kosongnya ke arah laluan hutan yang berliku.

Sebaik sahaja dia berpusing, satu tubuh yang kian dimamah api berlari keluar daripada hiruk-pikuk kebakaran itu. Sepasang mata milik tubuh itu kelihatan kurang waras dan merenung pada kegelapan. Jeritan yang membelah kesunyian kedengaran.

"Wu Xie! Kembali ke sini! Kamu tidak akan tinggalkan tempat ini! Kamu milik saya!"

Usaha kerasnya selama lebih sepuluh tahun ini berakhir dengan sia-sia.

Gadis itu berhenti melangkah dengan tenang dan berpusing untuk melihat lelaki itu dijilat api. Dia berkata tanpa perasaan, "Kamu sudah hampir mati, sedangkan saya masih hidup."

Lelaki itu menjerit kemarahan. Gadis itu melihat mimpi paling ngerinya buat kali terakhir dan berkata dingin, "Selamat tinggal, datuk."

Kucing hitam kecil yang bertenggek di bahu gadis itu mengejek dan berkata sinis, 'datuk?'

Sebagai seorang yang obses dalam mengkaji bidang perubatan dan cukup gila untuk mengurung cucunya sendiri di kawasan pergunungan untuk digunakan sebagai tikus makmal, apakah hak lelaki itu untuk menjadi datuk kepada tuannya?

[Cik, apakah perancangan kamu?]

Tanpa menghiraukan suara yang perlahan-lahan hilang ditelan api, kucing hitam kecil itu bertanya kepada gadis tersebut.

Gadis itu merenung tangannya dan menjawab lembut, "Menduduki peperiksaan pengambilan lesen doktor haiwan."

[Ha ha ha! Lelaki tua itu, kalau lah dia tahu yang kamu seorang yang pintar tiada bandingan di dalam bidang perubatan dan ingin menjadi doktor haiwan, dia pasti tidak akan mati dengan tenang!] Kucing itu berkata dan ketawa galak di atas bahu gadis itu.

"Dia tidak akan mati dengan tenang?" Mata gadis itu sekadar merenung ke bawah sewaktu bibirnya hampir mengukir senyum.

Setahun kemudian, dia menetap di Bandar A dan telah menerima lesen doktor haiwan. Dia berkhidmat dalam merawat binatang.

Hidup memang tidak dapat dijangka. Beberapa detik sebelum ini, dia masih dalam dewan bedah melakukan pembedahan. Tiba-tiba, satu letupan berlaku dan dia jatuh dalam kegelapan.

Hujan lebat membasahi bumi semasa dia mula sedar. Selepas bertenang dan mengamati keadaan sekeliling, dia mendapati dirinya terbaring di atas batu-bata.

Dia di dalam dunia baru yang asing, menggantikan jiwa yang hampir mati dan apabila dia cuba mengingati serpihan kenangan aneh yang membanjiri benaknya, dia sedar dirinya yang baru ini juga bernama Wu Xie. Tetapi kali ini, dengan nama keluarga Jun. Jun Wu Xie.

You May Also Like

I Own The Cyborg

Kehilangan ingatan adalah hal yang tidak terlalu penting oleh sesetengah orang bukan tapi tidak dengan Elyana. Ingatan yang hilang darinya justru adalah hal yang paling penting dalam hidupnya. Ingatan terakhir yang dimiliki nya dalam membuat dia tetap sedar dan terjaga sebagai gadis yang terlahir sebagai manusia. Namun ingatan itu malah dihapus tidak tersisa. Kerana kegilaan Texas dia dijadikan bahan ujikaji. Semuanya sangat menyakitkan bagi gadis yang bahkan baru menginjak usia 11 tahun ketika itu. Perasaan dan emosi nya perlahan lenyap seiring berjalannya waktu dia berada dalam genggaman Texas. Dia telah diubah sepenuhnya menjadi mesin pembunuh. Setelah dirinya berubah atas kegilaan lelaki bekas doktor bedah itu, Texas malah melarikan diri tidak tahu ke mana meninggal kan dia disitu. Sel bawah laut yang sengaja didirkan jauh tersembunyi dari jangkauan manusia. Namun kehadiran Airiz perlahan-lahan merubahnya. Tapi tetap tidak dapat dielakkan bahawa lelaki itu akan tetap terluka pada akhirnya. "Tolong pergi jauh dari sini selagi boleh, please" "Jika kau meminta untuk aku pergi...maaf, saya tidak mampu untuk memenuhinya" Tubuh yang mula hilang kendali itu didakap seerat mungkin oleh Airiz sedangkan Elyana berusaha untuk melerai pelukan itu. "Please Riz lepas! Kau akan tersakiti kalau...arrgg...k..kau terus seperti ini..." Airiz hanya tersenyum memandang lembut kedua-dua pasang mata coklat itu yang kian basah dengan air mata. Diseka perlahan air bening itu. "Biarkan aku menerima kesakitannya untuk kali ini. Jadi mulai sekarang kau tidak perlu lagi menanggung kesakitan ini seorang diri,hmm" Airiz mengusap kecil pundak Elyana.

Chuwiee00 · Fantasy
Not enough ratings
6 Chs

Reinkarnasi Raja Iblis Sang Pengubah Wujud

Kyoto Seinaru berjalan-jalan bersama teman wanitanya,Tomori-San di sebuah kota metropolitan. Mereka menikmati masa-masa mereka bersama sehingga- dia mengetahui bahawa Tomori langsung tidak mencintainya bahkan mengejeknya kerana mudah untuk diperdaya. Dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu oleh satu-satunya orang yang dia paling percayai di dunia ini. Dia akhirnya menatap tanah tempatnya berdiri sambil tertanya-tanya, Kenapa air mata aku langsung tak mengalir keluar? Dia akhirnya sedar ini bukan kali pertama dirinya di tempatkan dalam situasi yang menyakitkan ini. Dalam amarah yang membuak-buak, perempuan di depannya menghilang tanpa meninggalkan sebarang tanda. Dalam hatinya yang terdalam dia tertanya, Jika benar ada kehidupan yang tidak terhingga yang akan aku tempuhi, Akankah aku berjumpa dengan perempuan yang jujur di kehidupan berikutnya, Atau adakah hati yang kosong ini akan kekal kosong selamanya. Dia tersedar dan mendapati bahawa dirinya telah hidup semula namun tidak untuk mendapatkan perempuan yang dicarinya selama ini, malah menjadi perempuan itu sendiri. Dia juga sedar akan kenyataan bahawa dia kini bukan sahaja bukan seorang lelaki lagi malah bukan juga seorang manusia. Dia ialah succubus yang bermata merah menyala dan berambut putih yang panjang mengurai sambil tersambung ekor yang runcing di pinggulnya. Bagi manusia, bangsa Iblis merupakan bangsa yang jahat menyebabkan mereka bersatu padu menentangnya. Dia sedar kini semakin susah untuk dirinya meraih cinta yang dikejar Selamat ini sehinggalah- seseorang lelaki yang datang dari mana menyambut hangat dirinya dan melayaninya dengan baik. Adakah dia akan meraih cinta yang dikejarnya selama ini, walaupun tidak seperti yang diharapkannya... P/s : Ini adalah versi Bahasa Malaysia Reborned of the Shapeshift Demon King karya Seinaruz Ini hanyalah draf kepada cerita yang telah diterbitkan namun turut diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan. Enjoy!

Seinaruz · Fantasy
Not enough ratings
8 Chs
Table of Contents
Volume 1
Volume 2

ratings

  • Overall Rate
  • Translation Quality
  • Updating Stability
  • Story Development
  • Character Design
  • world background
Reviews
Liked
Newest
Nieraizham
NieraizhamLv4
YanQal
YanQalLv10
Anis_Cun
Anis_CunLv10
Matt_Dann
Matt_DannLv3
Secret_Lee
Secret_LeeLv4
Secret_Lee
Secret_LeeLv4
Secret_Lee
Secret_LeeLv4
Secret_Lee
Secret_LeeLv4
Secret_Lee
Secret_LeeLv4
Secret_Lee
Secret_LeeLv4

SUPPORT