81 Manik Kayu Berukir (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Teratai Kecil menerangkan kepada Jun Wu Xie yang roh berkontrak mempunyai cara pertapaan tersendiri.

Roh berkontrak tinggal di Dunia Roh. Apabila seorang manusia dilahirkan, roh berkontrak akan mendengar gemaan daripada roh manusia dan sebaik panggilan itu disahut, roh berkontrak akan tidur di dalam roh manusia sehinggalah manusia itu mencecah umur empat belas tahun. Hanya sewaktu upacara kebangkitan barulah roh berkontrak dapat muncul di dunia ini.

Roh berkontrak boleh meneruskan pertapaan sewaktu di Dunia Roh. Walau bagaimanapun, selepas tiba di dunia ini, mereka hanya boleh bergantung kepada pertapaan manusia bagi membantu meningkatkan tahap pertapaan mereka.

Sewaktu roh berkontrak datang ke dunia ini, proses pertapaan mereka menjadi amat perlahan.

Manik Kayu Berukir itu tidak mempunyai apa-apa kuasa di dalamnya. Namun manik ini mempunyai kelebihan istimewa iaitu keupayaan menyucikan.

Keadaan persekitaran di dunia manusia sangat tercemar, jadi roh berkontrak tidak dapat bertapa dengan sendirinya dan hanya bergantung kepada tuan mereka. Tenaga yang mereka cuba serap dari persekitaran akan bercampur dengan begitu banyak kekotoran yang sukar ditapis. Ini menyukarkan lagi proses pertapaan.

Namun, kalau Manik Kayu Berukir ini digunakan, keadaan akan jadi berbeza. Manik ini boleh mengekstrak tenaga tulen daripada persekitaran yang tercemar. Tenaga ini pula dapat diserap dengan mudah oleh roh berkontrak dan digunakan terus bagi proses pertapaan.

"Penyucian." Jun Wu Xie menggumam sambil berfikir seketika dan memandang manik yang kelihatan biasa-biasa sahaja itu. Rupa manik ini tidak seberapa tetapi kegunaannya amat penting.

Nilai 'perubatan' Teratai Kecil sudah sangat bermanfaat. Kalau dia terus bertapa, sejauh mana kuasanya akan meningkat dan berkembang maju? Apa yang akan terjadi? Tetapi daya ketahanan serta kekuatan fizikal Teratai Kecil memang benar-benar memerlukan peningkatan.

"Ini barang yang berharga!" Teratai Kecil tersenyum lebar sambil memegang manik itu dengan penuh hati-hati.

Walaupun sebentar tadi dia telah mengalami kesakitan yang amat sangat, kejadian itu sangat berbaloi. Kalau boleh ditukarkan dengan beberapa buah barang berharga lagi, dia tidak kisah menerima kesakitan sebagai ganti.

"Simpan baik-baik. Cara mana kamu maha bertapa, terpulang pada kamu." Jun Wu Xie mengangguk. Jun Wu Yao ini benar-benar seorang yang misteri. Tingkah-lakunya amat ganas, tetapi dia juga boleh mencampakkan harta berharga ini begitu sahaja. Ini membuatkan Jun Wu Xie tertanya-tanya tentang asal usul lelaki itu.

Jun Wu Xie sendiri tidak mengetahui tentang Dunia Roh sehinggalah Teratai Kecil menjelaskan kepadanya. Tetapi Jun Wu Yao memiliki barang sehebat ini dan boleh mencampakkan manik yang berharga itu kepada Teratai Kecil secara bersahaja. Perbuatannya ini membuatkan Jun Wu Xie terdiam.

Kalau orang seperti Jun Wu Yao dijadikan musuh, susahlah dia nanti. Kalau dijadikan kawan...

Jun Wu Xie memikirkan perkataan 'kawan' dan 'Jun Wu Yao'. Wajahnya berkerut.

Perkataan 'kawan' ini membuatkan dia terfikirkan seseorang dari dunianya sebelum ini. Bayangan orang itu muncul dalam fikirannya.

"Si bodoh." Genggaman tangan Jun Wu Xie bergetar. Dahulunya dia bekerja sebagai doktor haiwan di bandar A. Tetapi dia kemudiannya ditemui oleh satu organisasi misteri. Akhirnya dia menyertai organisasi misteri itu dan menyelamatkan orang menggunakan lesennya sebagai doktor haiwan.

Dia masih ingat dengan jelas hari mereka tiba-tiba diserang oleh musuh. Si bodoh itu melompat di hadapan Jun Wu Xie dengan tiba-tiba demi menyelamatkan dia dari serangan itu.

"Tangan dan kaki kamu sangat kecil, apa gunanya terus berada di sini? Cepat, pergi...jangan berlengah…" Orang itu tersenyum pada Jun Wu Xie tetapi kemudiannya dia…

Jun Wu Xie menggosok-gosok keningnya, tidak banyak yang dia ingat dari dunianya sebelum ini kerana dia lebih suka menyendiri. Sehinggakan terhadap satu-satunya ahli keluarganya juga dia sanggup bertindak dengan kejam. Dia tidak banyak berinteraksi dengan orang lain dan tidak mempedulikan soal hidup dan mati. Kejadian orang itu berkorban nyawa untuknya telah menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakannya.

Peristiwa itulah yang menjadi punca dia bencikan bau darah. Dada orang itu berlumuran darah sebelum dia mati dan bau darah segar itu amat menyeksa Jun Wu Xie.

"Tak berbaloi selamatkan orang seperti saya…" Jun Wu Xie bergumam sambil menundukkan pandangan dan menggigit bibir bawahnya. Kalaulah orang itu tidak bertindak melindunginya, mungkin orang itu masih hidup di sana dan boleh menyelamatkan nyawa orang lain.

avataravatar
Next chapter