50 Menampar Muka Sendiri Berkali-Kali (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tuan Muda, Beta tertanya-tanya jika kamu ada lagi sebotol ubat yang sama? Beta sanggup menukarkan ubat itu dengan apa saja. Apa yang Beta mahukan hanyalah menggembirakan wanita yang Beta sayangi dengan mendapatkan hadiah yang sesuai untuknya. Bantu Beta tunaikan impian ini." Mo Xuan Fei dengan angkuhnya berdiri di antara mereka dan menyuarakan niatnya.

Dia tidak tahu sokongan apa yang dimiliki oleh budak ini tetapi kunjungannya ke sini untuk menggembirakan hati Bai Yun Xian. Jika tidak berjaya, sia-sialah usahanya. Dia sudah kehabisan idea untuk memujuk Bai Yun Xian.

Orang tua itu tidak tahu berniaga dan tidak mahukan Pil Qing Yun. Namun dia menganggap ubat tidak bernama yang tidak diketahui asal-usulnya itu sebagai harta berharga. Mo Xuan Fei mahu menunjukkan yang dengan identiti dan sumber yang ada padanya, dia boleh dapatkan apa sahaja yang dia mahu! Orang tua dungu itu perlu sedar diri.

Jun Wu Xie mengecilkan matanya ketika dia memandang Mo Xuan Fei.

Hmph. Selama bertahun-tahun ini, orang-orang daripada Istana Diraja selalu menyusahkan Istana Lin. Mereka membuli Datuk dan Pak Cik kesayangannya. Perbuatan mereka itu memang perlu mendapat balasan setimpal.

Pil yang dibuatnya sendiri ini? Dia lebih rela beri anjing makan pil ini daripada memberikannya kepada Mo Xuan Fei.

"Tak mahu tukar." katanya dengan dingin.

Kamu mahu ubat? Mungkin di kehidupan kamu seterusnya. Sekarang? Saya boleh beri kamu racun. Percuma sahaja, tidak perlu bayar!

Sewaktu orang tua itu mula-mula menolak tawarannya, Mo Xuan Fei berasa seperti ditampar. Sekali lagi, dalam tempoh masa yang singkat, budak kecil di hadapannya ini juga telah 'menampar' mukanya. Mo Xuan Fei tidak pernah dimalukan sebegini sepanjang hidupnya! Dia menjadi berang, wajahnya bertukar gelap dan kelihatan semakin hodoh.

Gangguan daripada Mo Xuan Fei membuatkan Jun Wu Xie menukar fikirannya.

Dia terus bergerak ke tepi dan berkata kepada orang tua itu, "Saya boleh beri kamu dua botol lagi! Cuma berikan saya semua Permata Rohani yang sama seperti dua permata yang kamu tawarkan mula-mula tadi." Dengan bersahaja Jun Wu Xie menunjuk pada longgokan batu permata yang baru dikeluarkan oleh orang tua itu daripada uncangnya.

Mata semua orang di situ terbeliak, berapa banyak botol ubat yang budak ini ada? Cara budak ini menunjuk Permata Rohani begitu bersahaja, seolah-olah dia sedang memilih ikan di pasar. Dia memilih semua permata yang sama nilainya dengan sepasang permata yang diinginkan oleh Mo Xuan Fei dan Bai Yun Xian.

Perubahan yang tiba-tiba ini membuatkan semua orang di situ terkejut. Mula-mula budak ini menolak tawaran orang tua itu. Dia juga menolak tawaran yang lumayan daripada Mo Xuan Fei untuk ubat yang tidak dikenali ini. Paling tidak masuk akal, selepas Mo Xuan Fei membuat tawarannya, budak ini terus menukar fikiran.

Perhatian semua orang kini tertumpu pada pasangan ideal itu, menantikan reaksi mereka.

Mo Xuan Fei mengangguk setuju dan dia berasa senang hati.

Budak ini betul-betul bijak! Dia memahami maksud di sebalik saranan Mo Xuan Fei. Dia menolak Mo Xuan Fei semata-mata kerana ingin menukarkan ubatnya dengan semua Permata Rohani yang kemudiannya akan diberikan kepada Mo Xuan Fei dan Bai Yun Xian untuk ditukarkan dengan barangan berharga yang lain. Budak ini menyelesaikan hal ini dengan bijak.

Orang tua itu tidak peduli apa sebabnya, asalkan dia mendapat ubat yang mengagumkan itu. Bukan hanya ada satu! Budak itu ada dua lagi! Beruntung betul!

"Baik, saya akan ambilkan untuk kamu," Tanpa ada sedikit keraguan sekalipun, orang tua itu mula memilih pelbagai batu permata sambil tersenyum dan menyanyi perlahan.

Jun Wu Xie mengeluarkan dua botol lagi dan menyerahkan semuanya kepada orang tua itu.

Jun Wu Xie menyimpan sembilan butir Mutiara Timur itu dengan selamat dan meletakkan beberapa Permata Rohani dalam tangannya. Dia memandang Mo Xuan Fei dan Bai Yun Xian.

Pasangan itu menunjukkan ekspresi lega. Mata mereka jelas menunjukkan betapa mereka mahukan Permata Rohani di dalam tangan Jun Wu Xie.

Semua orang di situ resah menanti. Tertunggu-tunggu saat budak itu memberikan harta berharga ini kepada Putera Kedua. Budak itu mengambil dua butir permata dengan dua jarinya.

Bunyi berderap.

Semua orang yang sedang memerhatikan dua butir Permata Rohani yang dipegang oleh budak itu terlopong sewaktu menyaksikan budak itu menghancurkan permata-permata itu. Permata Rohani yang hancur menjadi debu dan jatuh ke tanah, berkilauan seperti bintang.

Jun Wu Xie memandang kosong ke arah pasangan di hadapannya dan sedikit demi sedikit, dia menghancurkan kesemua Permata Rohani dalam tangannya sehingga semuanya menjadi debu. Setelah selesai, dia dengan bersahaja membuang debu-debu yang terlekat pada tangannya.

Permata Rohani mungkin lebih berharga daripada permata biasa, namun ketahanannya ialah kelemahannya paling utama. Permata jenis ini amat rapuh, inilah sebab utama mengapa permata ini jarang ditemui. Kalau tidak berhati-hati, permata ini mudah dihancurkan.

avataravatar
Next chapter