41 Bandar Hantu (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Malangnya, tiada buku di dalam Dewan Rujukan itu yang sesuai untuknya.

Di dalam dunia pertapaan, teknik dan cara berlatih semuanya bergantung kepada jenis roh berkontrak yang ada pada seseorang.

Mereka yang mempunyai roh berbentuk senjata dan jenis haiwan mempunyai teknik yang amat berbeza antara satu sama lain.

Namun begitu, roh berkontrak Jun Wu Xie langsung tidak termasuk dalam dua kategori biasa ini! Jadi tidak kira sebanyak mana dia baca, seberapa banyak buku dia kaji, Jun Wu Xie tidak menemui satu teknik pertapaan sekalipun yang sesuai untuknya.

Jika dia tidak menemui apa-apa teknik, dia tidak akan dapat mengumpulkan tenaga rohaninya.

Di mana dia boleh temui teknik pertapaan untuk roh berbentuk tumbuh-tumbuhan? Masalah ini membuatkan dia pening kepala.

Dia tidak lagi berharap untuk menemui jawapannya di dalam Istana Lin. Satu idea terdetik di mindanya.

Menurut memori pemilik tubuh ini, terdapat satu tempat rahsia jauh tersembunyi di dalam Bandar Diraja ini.

Tempat itu ialah pasar bawah tanah di mana pintu masuknya terletak di satu kawasan terpencil di bandar ini. Banyak barang-barang yang jarang ditemui di bandar ini boleh dijumpai situ. Barang luar biasa juga ada dijual di pasar itu.

Bezanya cuma barang-barang yang dijual tidak boleh dibeli dengan wang. Barang-barang itu hanya boleh ditukarkan dengan sesuatu yang sama nilainya.

Sistem di situ ialah perdagangan barter.

Wu Xie yang dahulu pernah sekali ke sana sewaktu dia 'bertemu janji' dengan Mo Xuan Fei. Dia tidak tahu mengenai kewujudan tempat itu walaupun dibesarkan di kawasan bandar itu sehinggalah Mo Xuan Fei membawanya ke sana. Dia tidak sukakan tempat itu kerana ia gelap dan suram.

Namun begitu, itulah satu-satunya tempat yang dia boleh fikirkan sekarang dan dia perlu ke sana dengan harapan dia akan dapat menemui teknik pertapaan yang sesuai.

Wajahnya sangat dikenali di dalam Bandar Diraja jadi dia perlu menyamar untuk pergi ke tempat itu. Jun Wu Xie mengeluarkan pelbagai jenis herba. Ada yang dikisar, ada yang diambil jusnya, kemudian semuanya dicampurkan menjadi pes yang disapu ke mukanya dan dengan penuh hati-hati dia mengubah bentuk wajahnya.

Wajah di dalam cermin itu kini menyerupai seorang cendekiawan lelaki muda. Jun Wu Xie telah mengubah bentuk mukanya untuk kelihatan lebih maskulin dan dia menukar bajunya kepada jubah berwarna putih.

Sebelum ke pasar bawah tanah itu, dia perlu menyediakan 'mata wang' bagi tempat di mana wang perak biasa dianggap tidak bernilai. Kebelakangan ini dia sering berada di farmasi, menghasilkan pelbagai jenis ubat untuk meningkatkan kesihatan Jun Xian dan Jun Qing. Dia memilih beberapa buah botol, memasukkan botol-botol itu ke dalam jubahnya dan menyelinap keluar melalui pintu belakang di dalam keheningan malam.

Bandar Diraja amat sunyi pada waktu malam dan walaupun ini pertama kali Jun Wu XIe menjejakkan kaki ke luar Istana Lin, dia mengikut memori pemilik badannya dan menuju ke pintu masuk pasar bawah tanah itu.

Dia berhenti di hadapan sebuah restoran yang kelihatan tidak menarik perhatian. Restoran ini kelihatan biasa sahaja, tidak ada beza dengan bangunan-bangunan lain di sepanjang jalan ini. Seorang pelayan dengan malasnya sedang merehatkan kepalanya di atas kaunter. Sebaik terlihat Jun Wu Xie, pelayan itu tidak menegurnya dan terus bermalas-malasan.

avataravatar
Next chapter