webnovel

Batu Hitam Misteri (6)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas seketika, He Chang Le kembali. Lelaki yang datang bersamanya itu membuatkan Qiao Chu dan yang lain merenungnya dengan mata terbeliak.

Lelaki itu tinggi dan sasa. Seluruh badannya dibalut dengan pembalut luka. Walaupun pakaiannya menyembunyikan kebanyakan pembalut luka tersebut, masih jelas lagi yang badannya berbalut sepenuhnya. Sebelum dia mendekati mereka sekalipun, mereka sudah boleh terhidu bau darah. Hanya mata, hidung dan mulutnya yang terdedah manakala seluruh kepalanya berbalut. Pembalut luka yang asalnya putih kini bertukar kemerahan.

Lelaki itu berjalan dengan perlahan. Susuk tubuhnya yang besar membawa aura yang sedikit menekankan. Sewaktu berdiri di hadapan Jun Wu Xie, dia tiba-tiba memberi tabik genggam dan tunduk hormat.

"Nama saya Mu Qian Fan! Saya merendah diri ingin berterima kasih kepada Tuan Muda yang bermurah hati menghulurkan bantuan." Suara Mu Qian Fan yang kuat itu hampir membuatkan mereka terlupa dengan kecederaan yang dialami di seluruh tubuhnya itu.

Mu Qian Fan tidak mampu menjelaskan perasaannya tentang kejadian hari ini dengan kata-kata. Kalau dia tidak dapat mengumpulkan tiga ratus tahil itu, dia tidak akan mampu berhadapan dengan rakan seperjuangannya yang telah meninggal dunia. Lelongan hari ini telah membuatkan dia kecewa berkali-kali.

Tetapi Jun Wu XIe telah menariknya keluar daripada kekecewaan.

Jumlah tiga ratus tahil itu terlalu penting buatnya!

"Tak perlu," kata Jun Wu Xie dengan ringkas. Bau darah pada badan lelaki itu membuatkan dia berkerut sedikit. Dia diam seketika sebelum bertanya, "Kamu pernah pergi ke Cenuram Penghujung Syurga?"

Mu Qian Fan memikirkan Jun Wu Xie ragu-ragu sama ada batu hitam itu benar-benar diambil dari Ceruram Penghujung Syurga, lalu dia cepat-cepat membalas, "Ya, saya pernah ke situ. Batu ini saya dan saudara-saudara saya temui di dasar cenuram itu."

"Kalau kamu mahu berterima kasih, beritahu saya tentang Cenuram Penghujung Syurga," balas Jun Wu Xie.

Mu Qian Fan terkejut sedikit. Apabila mendapati kumpulan Jun Wu Xie itu terdiri daripada anak-anak muda, dia memikirkan usia mereka itu membuatkan mereka berasa ingin tahu tentang khabar angin yang menyelubungi Cenuram Penghujung Syurga. Jadi dia terus bersetuju.

He Chang Le bertanyakan lokasi rumah tumpangan mereka dan mengarahkan orang-orang suruhannya menghantar batu itu ke sana dahulu. Dia kemudiannya memberikan salah satu bilik peribadi kepada Jun Wu Xie dan yang lain supaya mereka boleh berbual-bual dengan selesa. Orang suruhan rumah lelongan itu juga diarahkan untuk membawa makanan ringan dan teh untuk mereka.

Setelah mereka semua duduk di bilik itu, Mu Qian Fan kelihatan tidak selesa. Dia sudah berusia lebih tiga puluhan dan sudah terbiasa makan serta minum dengan rakan-rakan seperjuangan yang sebaya dengannya. Tiba-tiba dia berada di dalam situasi di mana dia perlu berbual-bual dengan sekumpulan anak muda yang separuh dari usianya. Ini membuatkan dia berasa kekok.

Walaupun Jun Wu Xie dan rakan-rakannya berpakaian biasa sahaja, pakaian mereka berkualiti tinggi. Mereka semua kelihatan tampan dan cantik. Aura mereka juga mengagumkan, nampaknya latar belakang mereka ini luar biasa. Semua ini membuatkan Mu Qian Fan semakin tidak selesa.

"Abang Mu? Minumlah sedikit teh dan jamahlah makanan ringan ini sebelum berkongsi cerita dengan kami dengan lebih lanjut lagi." Fei Yan menyedari Mu Qian Fan berasa kurang selesa lalu memberikan secawan teh kepada lelaki itu sambil tersenyum.

Mu Qian Fan terlihat "gadis" yang menawan dan mesra itu tersenyum manis padanya. Tangan "gadis" itu yang sedang memegang cawan teh tersebut turut menggeletar sedikit.

Dia cepat-cepat menerima teh yang dihulurkan dan meneguknya dengan pantas. Teh itu membantu menenangkannya sedikit. Mu Qian Fan memandang Jun Wu Xie dan yang lain lalu berkata, "Kira-kira setengah bulan yang lalu, saya pergi ke Cenuram Penghujung Syurga bersama-sama sekumpulan rakan karib saya. Sebenarnya, saya dan saudara-saudara saya ini mencari rezeki dengan mengambil upah memburu Binatang Roh. Cenuram Penghujung Syurga itu ialah satu tempat yang agak tersembunyi. Walaupun ada banyak khabar angin yang tersebar tentang tempat ini, lokasi sebenarnya hanya diketahui oleh sebilangan kecil orang. Selama ini, kami tak pernah terfikir untuk ke Cenuram Penghujung Syurga, tetapi baru-baru ini kami telah diupah untuk pergi ke situ."