webnovel

Menghadapi Akibat (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya sangat kagum dengan rupa Abang Hua sekarang. Mirip betul dengan Fan Jin," kata Qiao Chu sambil menarik Hua Yao ke hadapan Jun Wu Xie. Dia langsung tidak menyedari wajah Jun Wu Yao yang sudah berubah sedikit. Dia juga tidak perasan yang Ye Sha dan Ye Mei meandangnya seolah-olah mereka dalam diam sedang berkabung untuknya.

Fan Jin yang telah muncul di Akademi Zephyr tadi ialah Hua Yao yang telah menyamar. Fan Jin sebenar masih terbaring di katil rumah tumpangan dan dijaga oleh Wen Xin Han.

Demi mengalahkan Ning Rui sepenuhnya, Fan Jin dan Fan Zhuo perlu muncul serentak. Sebab itulah Jun Wu Xie meminta Hua Yao bertemu dengan mereka di Bandar Chan Lin.

Hua Yao amat mahir dengan kebolehan Mengubah Tulang. Dengan bantuan Jun Wu Xie, mereka mampu menyamar sebagai sesiapa sahaja yang mereka mahukan tanpa rahsia mereka terbongkar.

Ning Rui tak mungkin dapat membayangkan Fan Jin yang muncul di hadapannya itu adalah seorang penipu.

"Kamu dah dapat peta?" tany Jun Wu Xie sambil memandang Qiao Chu.

Qiao Chu tersenyum sinis. Dia kelihatan amat berpuas hati ketika mengeluarkan sebuah kotak broked. Qiao Chu membuka kotak itu dan menunjukkan sekeping peta kulit manusia yang berada di dalamnya.

Jun Wu Xie terus menarik tangannya dari genggaman Jun Wu Yao untuk mengambil dan meneliti peta itu.

Jun Wu Yao mengangkat sebelah keningnya dan memandang Jun Wu Xie yang sedang fokus. Kemudian pandangan matanya perlahan-lahan tertumpu pada Qiao Chu. Selama ini Qiao Chu tersenyum gembira. Namun sebaik melihat mata Jun Wu Yao sedang memandangnya, entah mengapa dia berasa seram sejuk. Dia terus membongkokkan badan dan terkebil-kebil keliru memandang Jun Wu Yao yang sedang tersenyum lebar.

"Abang Jun," Qiao Chu menyapa Jun Wu Yao tanpa menyedari apa-apa.

Jun Wu Yao mengangguk sedikit sebagai balasan.

"Mana Fan Zhuo?" Jun Wu Xie sudah selesai meneliti peta itu dan menyerahkannya kembali pada Qiao Chu.

Qiao Chu menjawab, "Fan Zhuo masih di sana. Nampaknya ada banyak lagi hal yang dia mahu tanyakan pada Ning Rui, jadi kami ke sini dulu. Saya nak tanya ni… Jun Xie, kamu benar-benar yakin boleh pulihkan keadaan Fan Jin?" Ketika Qiao Chu dan yang lain tiba di Bandar Chan Lin, hati mereka berasa pedih melihatkan keadaan pemuda yang dahulunya sentiasa girang dan bersemangat.

Walaupun mereka tidak berkongsi takdir yang sama, Fan Jin masih merupakan sahabat yang baik. Tanpa hubungannya dengan Fan Zhuo pun mereka tidak mahu melihat Fan Jin berada dalam keadaan yang begitu menyedihkan.

Jun Wu Xie mengangguk. "Ya, tapi saya perlukan masa. Sebelum Fan Jin sembuh, kita perlukan Abang Hua untuk muncul sebagai Fan Jin."

Akademi Zephyr baru sahaja melalui pergolakan dan benar-benar memerlukan seseorang untuk memimpin mereka kembali pada keadaan normal. Kalau terbongkar rahsia yang Fan Jin masih belum sembuh, pasti kedudukan akademi ini sebagai salah satu akademi terbaik tidak akan dapat dikekalkan.

Walaupun Jun Wu Xie tidak suka masuk campur hal orang lain, Akademi Zephyr tetap berkait rapat dengan Fan Jin dan Fan Zhuo. Dia tidak akan benarkan Akademi Zephyr musnah tanpa melakukan apa-apa.

Qiao Chu agak terkejut. Dia merenung Hua Yao yang sedang menyamar sebagai Fan Jin lalu berkata, "Maksudnya Abang Hua perlu kekal dengan rupa ini lebih lama lagi?"

Qiao Chu paling rapat dengan Hua Yao kerana mereka sering bersama-sama menjalankan misi. Tiba-tiba dia perlu bersikap seperti biasa sambil menghadap wajah Fan Jin setiap hari…

He tidak biasa dengan situasi ini.

Hua Yao tidak begitu ambil peduli. Dia menganggap hal ini sebagai membayar hutang budi.

Awal pagi keesokan harinya, Jun Wu Xie menyuruh Ye Sha pergi menjemput Wen Xin Han dan yang lain balik ke akademi. Bagi mengelakkan orang lain mengetahui hal sebenar, Fan Jin terus dibawa ke hutan buluh kecil itu manakala Hua Yao menggunakan identiti Fan Jin untuk menguruskan Akademi Zephyr. Dia dibantu oleh Wen Xin Han dan Fna Zhuo.

Mujurlah Fan Jin yang sebenar juga tidak begitu arif dalam hal ini. Jadi apabila Hua Yao mula bertanya banyak soalan pada guru-guru di situ, tiada siapa yang berasa curiga.