"Aduh, habislah. Saya buat silap lagi. Saya balik nanti mereka pasti tak akan biarkan saya melupakannya." Pemuda kusut-masai itu menundukkan kepalanya dengan penuh kecewa, sambil dia berjalan kembali ke gerainya.

Nasib Jun Wu Xie tidak begitu baik. Selepas mencari di seluruh Bandar Hantu, dia masih tidak menemui teknik pertapaan yang sesuai untuk dirinya.

Perjalanannya tidak membuahkan hasil. Apa yang dia ada cuma beberapa buah buku berkebun itu, dan dia juga kerugian akibat menukarkan tiga botol ubat untuk buku-buku itu.

Malam semakin lewat dan sunyi.

Di satu jalan yang kosong di dalam Bandar Diraja, Jun Wu Xie dan kucing hitam kecil itu sedang dalam perjalanan pulang. Dalam kesunyian malam itu, cahaya bulan menyinari mereka dan menjadikan bayang-bayang mereka semakin panjang. Hanya kedengaran bunyi tapak kaki Jun Wu Xie. Dia berjalan sambil mindanya sibuk berfikir.

Sewaktu mereka meneruskan perjalanan, angin sejuk bertiup kencang di sepanjang jalan yang gelap itu. Ketika mereka membelok ke satu simpang, dalam keadaan yang gelap itu, ada tangan yang mencapai Jun Wu Xie dan menariknya ke dalam kegelapan.

"Meow!" Kucing hitam kecil itu mengiau nyaring.

Jun Wu Xie ditarik ke dalam dakapan yang hangat. Seorang lelaki memeluknya daripada belakang, jarinya diletakkan lembut ke bibir Jun Wu Xie dan nafas lelaki itu yang hangat terasa dihembus ke telinganya. Satu suara yang misteri mendiamkan Jun Wu Xie.

"Shhh." Kali ini ditujukan kepada kucing hitam kecil itu.

Kucing itu kaku.

"Keluar malam-malam seorang diri bukan pilihan yang baik." Suara yang garau dan dalam itu mengusik Jun Wu Xie sambil lelaki itu menghembuskan nafas ke leher gadis itu. Jun Wu Xie menggigil sedikit.

"Jun Wu Yao, lepaskan saya." Tanpa perlu berpaling, Jun Wu Xie tahu siapa lelaki itu.

Suara nakal ini sudah terpahat dalam dirinya.

"Jangan bergerak, malam-malam begini amat sejuk. Lihatlah, badan kamu sangat sejuk, mari saya hangatkan." Di dalam kegelapan itu Jun Wu Yao tersenyum bahagia sambil dia menarik Jun Wu Xie rapat kepadanya dan memeluknya lebih erat. Dia sukakan perasaan ini, badan gadis itu kecil molek dan sangat lembut.

"Saya tak sejuk." Jun Wu Xie membalas.

"Oh? Saya sejuk, kamu tolonglah hangatkan badan saya." Lelaki itu tertawa kecil sambil membongkokkan lagi badannya dan merehatkan dagunya ke bahu Jun Wu Xie.

"Kamu ni benar-bnar tak sedar dengan keadaan sekeliling. Kamu perlu lebih berhati-hati. Ada orang mengekori kamu sepanjang malam, tapi kamu tidak perasan." Jun Wu Yao mengecilkan matanya yang berwarna ungu pekat. Badan Jun Wu Xie yang kecil dan haruman herba yang ada padanya membuatkan Jun Wu Yao tidak sanggup melepaskan gadis itu. Jun Wu Xie muat elok dalam dakapannya.

"Saya fikirkan kamu tidak dianggap sebagai orang?" Jun Wu Xie membalas dengan tenang, tidak pernah sekalipun dia menganggap lelaki ini manusia normal.

"Saya tak maksudkan diri saya…" Jun Wu Yao menggunakan dua jarinya untuk memegang lembut dagu Jun Wu Xie dan menolehkan kepalanya ke arah jalan.

Di sepanjang jalan yang sunyi itu tiba-tiba muncul satu susuk tubuh yang tinggi sedang tercari-cari sesuatu dengan resah.

Cahaya bulan menyinari susuk tubuh itu dan wajahnya dapat dilihat sedikit.

"Long Qi." Jun Wu Xie terus tahu siapa itu.

"Istana Lin ada begitu ramai pengawal, namun kamu lari keluar waktu tengah malam. Seluruh istana menjadi huru-hara. Sebaik kamu melangkah keluar daripada Istana Lin, berita itu sudah pun disampaikan kepada Jun Xian." Jun Wu Yao memeluk erat Jun Wu Xie sambil bercakap dengan nada mengusik tetapi menenangkan.

"Long Qi ni benar-benar tahu membalas budi. Dia sendiri datang nak melindungi kamu dalam gelap." Jun Wu Yao mencemuh. Kilauan yang berbahaya muncul di matanya yang berwarna ungu pekat itu.

avataravatar
Next chapter