51 Menampar Muka Sendiri Berkali-Kali (3)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sambil melihat debu bak bintang itu jatuh dari hujung jarinya, wajah Jun Wu Xie langsung tidak menunjukkan sebarang emosi.

Semua orang di situ berdiri terpaku dan merenungnya kebingungan dengan mulut mereka ternganga luas.

Mo Xuan Fei dan Bai Yun Xian berasa amat marah.

Dari mula lagi budak ini tidak berniat untuk mengambil hati mereka. Apa yang dilakukannya ibarat memberi tamparan ke muka mereka!

Sambil dia menyapu-nyapu baki debu di tangannya, Jun Wu Xie memandang tepat ke mata Mo Xuan Fei dan dengan perlahan-lahan melalukan jari kelingkingnya di sepanjangnya lehernya, mahu menimbulkan kemarahan lelaki itu.

Kemarahan Mo Xuan Fei meluap-luap dan dia hampir naik gila. Urat-urat di lehernya mula timbul.

Kalau ini bukan Bandar Hantu, dia sudah bunuh budak angkuh ini berjuta-juta kali!

Bai Yun Xian menggigit bibir bawahnya sambil memandang Jun Wu Xie dengan ganas.

Berasa puas hati melihatkan ekspresi wajah Mo Xuan Fei, Jun Wu Xie berpusing dan menyerahkan kotak berisi sembilan butir Mutiara Timur itu kepada seorang pemuda kusut-masai yang berada di belakangnya.

"Buku saya." tuntutnya.

Pemuda itu kaku sebentar sebelum secara tidak sedar menghulurkan beberapa buah buku usang kepadanya.

Sebaik terlihat pertukaran barang yang berlaku, orang ramai di situ menjadi semakin bingung.

Budak ini...tidak sebodoh itu...bukan?

Menghancurkan permata-permata berharga menjadi debu dengan begitu mudah dan sekarang menukarkan sekotak Mutiara Timur yang berharga dengan...dengan beberapa buah buku usang?

Semua orang menjadi tidak keruan.

Budak ini memang hebat! Dia terlalu kaya! Terlalu berkuasa!

Ketika Mo Xuan Fei melihat Jun Wu Xie menukarkan Mutiara Timur yang berkilauan itu dengan buku-buku yang sudah buruk, dia hampir muntah darah. Sebahagian daripada buku-buku itu sudah terkoyak muka hadapannya. Keadaan buku-buku ini sungguh buruk, sehinggakan jika ditinggalkan di tepi jalan sekalipun, tidak akan dipandang sesiapa. Buku-buku ini ditukarkan dengan SEMBILAN butir Mutiara Timur?

Hari ini dia benar-benar telah dimalukan.

Sebaik sahaja Jun Wu Xie mendapat buku-buku itu, dia dapat merasakan kegembiraan Teratai Kecil. Memandangkan hal ini sudah selesai, dia berpusing untuk pergi.

"Budak muda! Kalau ada masa, datanglah lagi! Bila-bila saja kamu boleh datang. Saya ada banyak Mutiara Timur atau mana-mana Permata Rohani yang kamu cari." Orang tua itu mendesak Jun Wu Xie.

Selepas dia berlalu pergi, Jun Wu Xie merasakan ada seseorang mengekorinya. Dia berpusing dan melihat pemuda kusut-masai itu. Pemuda itu mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali dan tersenyum nakal.

"Kamu mahu apa?" tanya Jun Wu Xie dengan dingin.

"Saya tertanya-tanya kalau kamu masih ada lagi ubat yang kamu tukarkan tadi?" Dia menggaru-garu kepalanya dan kelihatan malu.

"Kamu kata kamu tak minat?" Jun Wu Xie mengerutkan wajahnya. Disebabkan pemuda ini menolak ubat-ubatnya, dia terpaksa terlibat dalam kejadian sebentar tadi.

"Uh, Saya tak tahu kamu ada ubat yang begitu berkualiti. Di tempat seperti ini selalunya tiada barangan bermutu seperti itu." Dia menjawab dengan jujur, tersipu-sipu malu. Dia tidak pedulikan Kumpulan Qing Yun sekalipun, apa sahaja yang boleh ditawarkan oleh budak muda ini?

Namun sewaktu orang tua itu membuka botol berkenaan, pemuda ini sedar dia sudah melakukan kesilapan yang besar!

"Bukankah kamu kata kamu akan berikan satu kepada saya?" tanyanya. Wajahnya yang comot itu menyembunyikan wajahnya yang merah akibat malu.

"Dalam kotak itu ada SEMBILAN Mutiara timur." Jun Wu Xie memberi amaran.

Sebelum ini dia berjanji akan memberikan pemuda itu sebotol ubat, tetapi memandangkan dia sudah pun membayar harga dua kali ganda, dia merasakan tak perlu lagi memberikan ubat itu.

Lagipun, pemuda itu yang kata dia tidak mahukan ubat!

"Saya boleh bayar kamu dengan lima butir mutiara!" Pemuda itu cepat-cepat membuat tawaran.

"Saya tak perlukannya." Jun Wu Xie menjawab dengan pantas sambil dia berpusing untuk pergi. Dia masih perlu mencari teknik pertapaan yang sesuai untuk dirinya.

Melihatkan Jun Wu Xie berlalu pergi begitu sahaja, pemuda kusut-masai itu menggaru-garu kepalanya dan berasa murung. Dia memandang kotak berisi mutiara itu dengan penuh kekecewaan.

avataravatar
Next chapter