76 Tenaga Rohani

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Demi membuatkan bayang-bayang Mo Xuan Fei lenyap daripada hidup Jun Wu Xie, Jun Xian dan Jun Qing membuat keputusan untuk tidak berkata apa-apa.

Jun Wu Xie tidak sedar dengan kesimpulan yang telah dibuat berkaitan dirinya. Dia tidak menyangka hanya kerana wain itu sahaja, pelbagai khabar angin telah tersebar tentangnya. Di mata orang ramai, dia sudahpun menjalin hubungan dengan Mo Qian Yuan.

Memandangkan dia sudah berjaya mendapatkan Nektar Jed, dia tidak sabar untuk memulakan pertapaan dan cepat-cepat kembali ke biliknya. Sebaik dia masuk dan menutup pintu, dia terus memangggil Teratai Kecil keluar.

Teratai Kecil yang berkaki ayam muncul dan terincut-incut berjalan ke meja sambil merenung botol wain itu. Dia memandang botol itu dengan tamak dan air liurnya meleleh. Matanya besinar terang sambil dia menarik nafas panjang.

"Ahhhh…sedapnya bau…" Teratai Kecil memandang wain yang sedang dituang dan menelan air liurnya berkali-kali. Matanya tertumpu pada cecair yang bersinar indah dan dia menghulurkan tangannya yang kecil.

Jun Wu Xie memandang Teratai Kecil yang sedang teruja, "Kamu boleh ditanam menggunakan cecair ini, bukan?"

Teratai Kecil teragak-agak seketika sebelum menelan air liur dan bersungguh-sungguh menggelengkan kepalanya.

Jun Wu Xie menjelingnya dan Teratai Kecil menarik kembali tangannya.

Selepas menggunakan biji benih teratai untuk dirinya dan keluarganya serta mengasingkan sebiji untuk Mo Qian Yuan, hanya tinggal sebiji saja lagi. Jun Wu Xie menggolekkan sebiji biji benih teratai di atas tapak tangannya. Dia mengambil sebuah besen seramik yang sesuai digunakan untuk menanam teratai. Dia menuang perlahan Nektar Jed masuk ke dalam besen dan satu haruman tersebar ke udara. Walaupun hanya dihidu sedikit, haruman ini mampu membuatkan seseorang menelan air liur tanpa disedari. Cecair itu masuk ke dalam besen dan riak air terbentuk.

Teratai Kecil melihat apa yang Jun Wu Xie lakukannya dengan mulutnya separa ternganga dan air liurnya meleleh.

Kucing hitam kecil itu sedang baring di atas meja, bersandar pada besen teratai itu sambil menjilat-jilat tangannya dengan perlahan. Kucing itu sengaja mengeluarkan kukunya yang tajam sambil merenung Teratai Kecil dengan matanya yang berkilau.

Teratai Kecil terus berundur dan cepat-cepat mengelap air liurnya dengan sebelah tangannya.

Menurut buku itu, orang yang mahu menanam teratai salji perlu memberi perhatian pada suhu dan untuk mencapai tahap paling optimum, suhu Nektar Jed perlu sejuk. Jun Wu Xie memeriksa suhu dengan berhati-hati. Dia mencelupkan hujung jarinya ke dalam wain, kemudian memasukkan biji benih teratai itu.

Sebaik sahaja biji benih teratai itu diletakkan di dalam Nektar Jed, gabungan haruman teratai dan wain merebak ke seluruh bilik itu.

Wajah Teratai kecil menjadi kemerah-merahan disebabkan haruman itu dan matanya semakin bersinar.

Jun Wu Xie merenung dengan lama biji benih teratai di dalam wain itu tapi tidak ada apa yang berlaku. Hanya haruman itu yang menjadi semakin kuat. Walaupun deria bau Jun Wu Xie sangat sensitif, haruman ini tidak menjadikan dia berasa tidak selesa, sebaliknya menjadikan dia rasa bertenaga dan segar. Dia merasakan seolah-olah sedang dibersihkan sepenuhnya, seperti dia berendam dia dalam mata air panas yang melenyapkan tekanan yang dirasainya.

Haruman ini juga menghilangkan perasaan bimbangnya tentang teknik pertapaan ini. Dia merasakan hatinya menjadi tenang dan tenteram.

Walaupun dia tidak tahu tentang tenaga rohani, dia jelas dapat merasakan ada aliran udara yang hangat masuk ke meridiannya.

Mungkinkah ini tenaga rohani di dunia ini?

Mata Jun Wu Xie bersinar sambil dia duduk di meja, menikmati keadaaan ini dan bernafas dengan tenang.

Walaupun bahannya sukar didapati, kesannya sangat hebat.

Namun dia tidak tahu jika satu jag Nektar Jed cukup untuk penanaman teratai ini. Mo Qian Yuan hanya ada beberapa buah tong lagi. Kalau isi tong itu dihabiskan terlalu cepat, Jun Wu Xie tidak tahu di mana dia boleh dapatkan bekalan baru.

Hampir tidak mungkin untuk dia menemui lebih banyak wain jenis ini dalam Kerajaan Qi.

Perasaan sewaktu kali pertama dapat menyerap tenaga rohani ini tak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Jun Wu Xie merasai kehangatan seperti dipeluk sesuatu yang lembut tetapi pada masa yang sama turut merasakan tenaga rohani itu bergabung dengan badannya. Jun Wu Xie menutup matanya dengan perlahan-lahan.

avataravatar
Next chapter