Kalau dia dapat kembali ke medan perang, biarpun mereka berhadapan dengan Puak Qing Yun, Tuanku tidak akan sebegini kejam terhadap Istana Lin.

Selama ini Jun Xian sedar akan kegemilangan ketenteraannya yang berlebih-lebihan biarpun dia mengurangkan kekuatan Tentera Rui Lin. Siapa dapat menjangka ini membuka jalan ke arah berlakunya situasi pada masa kini.

"Saya akan melindungi Jun Wu Xie sehingga nafas saya yang terakhir. Tak ada siapa yang boleh sentuh cucu saya!" Kata Jun Xian sambil matanya bersinar.

Saya sudah kehilangan anak saya. Saya tidak mampu kehilangan anak perempuannya juga. Dia satu-satunya cucu kesayangan Lin Wang.

Pasangan ayah dan anak itu berbincang sehingga lewat malam tentang situasi genting yang sedang dihadapi oleh keluarga mereka. Di luar pintu, berdiri dua bayang-bayang.

Jun Wu Xie senyap-senyap mencuri dengar sambil merenung pintu.

Datuk…

Di dunianya sebelum ini, 'datuk' Jun Wu Xie membuatkan dia berada dalam kegelapan selama sepuluh tahun. Dia cukup faham erti penyeksaan, erti putus asa.

Tapi 'datuk' pemilik tubuh ini ibarat cahaya mentari yang menembusi kegelapan. Sewaktu Jun Wu Xie mula-mula bertemu dengannya, datuknya mencurahkan sepenuh kasih-sayang dan begitu ambil berat tentangnya sehingga Jun Wu Xie tidak tahu hendak beri reaksi bagaimana.

Ini sesuatu yang tidak pernah dialaminya. Bila datuknya menemui sesuatu yang menarik, perkara pertama yang dilakukannya ialah menghantarnya kepada Jun Wu Xie. Kalau wajahnya muram, datuknya akan mencuba pelbagai cara untuk memujuknya.

Secara tidak sedar, Jun Wu Xie mula mengelak bertemu dengan datuknya kerana dia tidak tahu reaksi bagaimana hendak diberikan memandangkan memorinya tentang 'datuknya' amat berbeza.

Tapi dia tidak fikir datuknya akan bertindak sedemikian demi dirinya.

Istana Lin memang curiga dengan rancangan jahat Keluarga Diraja tetapi Jun Xian tidak begitu ambil peduli tentangnya memandangkan dia sudah bersumpah setia dan percaya jasanya selama ini tidak akan sia-sia. Tapi kali ini, dengan cucunya dijadikan sasaran, rasa taat setianya mula lenyap.

Demi cucunya, dia sanggup melepaskan segalanya.

Dengan jantungnya yang masih berdebar-debar, Jun Wu Xie mengenggam erat kainnya.

"Semua 'datuk' memang beginikah?" tanya Jun Wu Xie sambil mengerutkan keningnya.

Jun Wu Yao yang berdiri di sebelahnya memerhatikan wajahnya yang pucat dan dia tak tahu mengapa tiba-tiba wajah Jun Wu Xie menjadi merah kerana teruja.

"Kamu masih nak masuk?" tanya Jun Wu Yao sambil memandangnya dengan perasaan ingin tahu.

"Tak." Jun Wu Xie menggelengkan kepalanya sambil wajahnya yang biasanya tenang terpancar sedikit kemesraan. Dia mulanya mahu berbincang dengan datuknya tentang hal dia merawat dirinya sendiri tetapi tidak menyangka yang dia akan terdengar perkara lain.

Dia beredar meningggalkan bilik bacaan itu. Dia memerlukan ketenangan dan kesunyian untuk berfikir.

Sebaik Jun Wu Xie berlalu, mata Jun Wu Yao menunjukkan sedikit warna ungu gelap. Dia rasa raja-raja manusia ini semuanya bersikap tidak masuk akal. Dia mahu saja bunuh mereka semua.

Api berbahaya menyala dari dalam matanya. Tapi kalau dia mengikut hatinya, Jun Wu Xie akan berada dalam kesusahan. Niat membunuhnya lenyap perlahan-lahan.

Tunggu dan lihat…

avataravatar
Next chapter