webnovel

Bertemu Kembali (4)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Orang-orang dari Dua Belas Istana muncul di Akademi Zephyr hampir serentak dengan kematian mengejut Fan Qi. Berdasarkan maklumat ini, logik juga kalau difikirkan kematian Fan Qi ini bukanlah sekadar hasil rancangan Ning Rui seorang. Dua Belas Istana juga pasti terlibat sama!

Patutlah Ning Rui tiba-tiba mengorak langkah.

Jun Wu Xie berjalan keluar tanpa sepatah kata tetapi di dalam hatinya, dia berterusan menganalisa apa yang berlaku di depan matanya.

Kemunculan Gu Ying di sini adalah di luar jangkaan. Berdasarkan petunjuk yang tidak sengaja Gu Ying dedahkan, Jun Wu Xie dapat meneka tujuan pemuda itu datang ke sini dan mendedahkan dirinya. Gu Ying merepek memanggil Jun Wu Xie sebagai senior, dengan niat untuk memujuk Jun Wu Xie mengajarkan Teknik Pemulihan Roh kepadanya.

Teknik Pemulihan Roh pada asalnya direka oleh Gu Li Sheng. Di Alam Pertengahan sekalipun, tak ada siapa yang tahu tentangnya. Kuasa di sebalik teknik pasti menggoda mana-mana kuasa besar di Alam Pertengahan. Selepas Jun Wu Xie berjaya mempertingkatkan teknik tersebut, tiba-tiba dia telah menjadi sasaran GuYing.

Akademi Zephyr ketika ini berada di dalam keadaan penuh huru-hara.

Jun Wu ketawa di dalam hati.

[Ini adalah pertaruhan nasib untuk Akademi Zephyr. Pemenangnya belum ditentukan lagi!]

Gu Ying memandang Jun Wu Xie yang berlalu pergi. Kemudian dia mengangkat kakinya lalu menendang Ah Jing ke tepi. Senyuman penuh kegembiraan itu perlahan-lahan lenyap dari wajahnya dan digantikan dengan aura membunuh yang tidak tertahan-tahan.

"Menyampah betul," kata Gu Ying dengan perlahan. Dia menjeling Ah Jing seketika sebelum berpaling untuk berjalan pergi dari hutan buluh kecil itu.

"Tuan… Tuan Muda Gu…" Seorang pemuda yang memakai pakaian seragam Akademi Zephyr menanti di pintu masuk ke hutan buluh tersebut. Pemuda itu kelihatan gelisah dan menggigil ketakutan sebaik terlihat Gu Ying berjalan keluar melalui pintu tersebut. Mata pemuda itu dipenuhi perasaan gerun yang tidak dapat diselindungkan.

Gu Ying memandang pemuda itu lalu terus tersenyum berseri-seri. Sebelum pemuda itu dapat bertindak balas, Gu Ying tiba-tiba mengangkat tangannya dan mencengkam leher pemuda tersebut!

Bunyi tulang patah bergema di udara. Pemuda itu tidak sempat bergelut pun sebelum urat lehernya dipatahkan. Tulang putih tersembul keluar dari lehernya dan darah merah memancut keluar dari luka itu lalu membasahi tangan Gu Ying.

Gu Ying menarik nafas dalam-dalam, menghidu bau darah yang hanyir dan pekat. Senyumannya semakin berseri-seri.

"Sekarang barulah saya senang hati."

Hanya pembunuhan kejam seperti ini yang boleh menggembirakan hatinya!

Gu Ying yang sudah berpuas hati itu mencampakkan mayat pemuda itu ke tanah secara bersahaja. Kemudian dia terus melangkah pergi dengan pantas.

Sehingga saat kematiannya, pemuda yang terbaring di dalam limpahan darahnya sendiri itu langsung tidak tahu apa yang menyebabkan dia dibunuh.

Gu Ying terus menuju pejabat Ning Rui. Apabila Gong Cheng Lei yang berkawal di luar pejabat tersebut terlihat Gu Ying, dia cepat-cepat menundukkan kepala dan beralih ke tepi.

Gu Ying langsung tidak memandangnya dan terus menolak pintu untuk masuk ke pejabat itu.

Pejabat ini asalnya kepunyaan Fan Qi. Selepas kematiannya, pejabat ini terus bertukar pemilik dan menjadi pejabat Ning Rui. Ketika ini, Ning Rui sedang duduk di belakang mejanya dan sedang merenung kosong pada sebuah kotak di atas meja itu yang berisi abu tulang.

Sewaktu terdengar bunyi tapak kaki, Nin Rui mengangkat kepalanya. Dia terlihat Gu Ying berjalan masuk melalui pintu tanpa sebarang perasaan di wajahnya.

Langkah terakhir Ning Rui adalah membawa Gu Ying masuk ke Akademi Zephyr. Tetapi dia sendiri gerun melihatkan tindakan Gu Ying dalam tempoh beberapa hari yang lalu.

Belum pun sampai sebulan Gu Ying tiba di Akademi Zephyr, lima puluh orang pelajar akademi sudah mati di tangannya. Para pelajar ini tidak pernah mengganggu Gu Ying, tetapi Gu Ying berasa agak bosan jadi akhirnya pelajar-pelajar tersebut kehilangan nyawa mereka.

Ning Rui sudah bertemu dengan ramai orang yang kejam,termasuklah dirinya sendiri. Tetapi tak seorang pun yang pernah membuatkan dia berasa gerun sepertimana Gu Ying.

Di mata Gu Ying, selain dirinya sendiri, orang lain tidak dianggap sebagai manusia. Mereka hanyalah pengacau yang membolehkan dia melepaskan kebosanan.

Orang yang paling menakutkan di dunia ini ialah orang seperti Gu Ying yang langsung tidak menghargai nyawa orang lain.

Sekarang Ning Rui tak pasti sama ada keputusannya untuk membawa Gui Ying masuk ke Akademi Zephyr adalah betul atau salah.