Selama ini, Long Qi hanya bertanggungjawab menjaga Jun Qing dan tidak masuk campur hal urusan lain di Istana Lin. Perihal Jun Wu Xie menyelinap keluar pada waktu malam boleh diuruskan dengan mengarahkan beberapa pengawal bayang elit untuk mengekorinya. Tidak perlu Long Qi sendiri datang untuk melindunginya.

Nampaknya ubat Jun Wu Xie ini begitu hebat sehingga dapat memenangi hati ramai orang!

Wajah Jun Wu Yao berkerut sedikit. Tanpa menunggu Jun Wu Xie berkata apa-apa, dia meletakkan sebelah tangannya di pinggang gadis itu. Sebelah lagi tangannya memegang rahang Jun Wu Xie dan dia mendongakkan kepala gadis itu.

Di bawah cahaya bulan itu, wajah maskulin yang kelihatan biasa sahaja digantikan dengan wajah cantik yang mampu menggegarkan negara.

Sewaktu hujung jari Jun Wu Xiao yang kasar itu menyapu lembut bibir Jun Wu Xie, lelaki itu tersengih nakal.

"Hodohnya." Wajah asing dengan penampilan yang sangat berbeza itu membuatkan dia terus ingin menghilangkannya.

"Kalau hodoh, jangan tengok." Jun Wu Xie mengerutkan wajahnya. Dia benar-benar tidak faham apa yang bermain di fikiran Jun Wu Yao.

Lelaki itu jarang berada di Istana Lin, kelibatnya jarang dapat dilihat. Ada masanya dia akan mengejutkan Jun Wu Xie dengan tiba-tiba muncul, ada masanya bayangnya juga tidak ada. Seperti yang dia katakan sebelum ini, dia tidak ada permusuhan dengan Istana Lin dan tidak akan mengapa-apakan orang-orang di situ. Dia cuma mengubah sedikit memori mereka. Jika mereka melihatnya, mereka akan mengingati identitinya. Jika tidak, mereka tidak ingat langsung tentangnya. Kalau dia tidak berada di situ, Jun Xian dan Jun Qing hampir melupakan kewujudannya.

"Saya nak balik." Jun Wu Xie tiba-tiba bersuara sambil memandang tangan lelaki itu, menyuruh Jun Wu Yao melepaskannya.

"Baiklah, mari balik bersama." kata Jun Wu Yao sambil mengangkat keningnya dan dengan tiba-tiba mendukung Jun Wu Xie ibarat membawa seorang puteri.

"..." Jun Wu Xie menjelingnya.

Jun Wu Yao tidak mempedulikan Jun Wu Xie yang mendiamkan diri dan berlalu pergi. Kucing hitam kecil itu mengekori rapat di belakangnya.

Di jalanan, Long Qi memarahi dirinya kerana kehilangan Jun Wu Xie. Dia tercari-ceari dengan resah. Long Qi mengeluh lega sebaik melihat Jun Wu Yao membawa Jun Wu Xie keluar dari satu lorong gelap.

"Tuan Muda, Cik." Dia memanggil mereka, tetapi dalam diam dia terkejut kerana tidak dapat mengesan kehadiran Tuan Muda sebelum ini.

Tanpa memandang ke arah Long Qi, Jun Wu Yao terus membawa Jun Wu Xie dan menuju ke Istana Lin.

Long Qi mengekori mereka dengan senyap.

...….

Kejadian Jun Wu Xie menyelinap keluar itu terus 'dilupakan'. Keesokan harinya, Jun Xian dan Jun Qing tidak menyebut langsung tentang kejadian itu. Long Qi masih menjaga Jun Qing dan meneruskan rutin hariannya seperti biasa.

Sebaik sahaja Jun Wu Xie dan kucing hitam kecil itu memasuki farmasi, kucing itu memanggil Teratai Kecil dengan suara yang tegas.

[Budak tak guna, keluar!]

Kelihatan satu tubuh yang sedang menggigil. Teratai Kecil terduduk di atas lantai, dan menundukkan kepalanya.

Jun Wu Xie berpeluk tubuh, merenung dingin ke arah Teratai Kecil.

Teratai Kecil menggigil.

Bilik itu senyap sunyi.

Selepas setengah jam, Teratai Kecil tidak dapat lagi menahan tekanan yang melemaskan itu. Dia mula menangis. Matanya yang berkaca memandang Jun Wu Xie dengan penuh sayu.

"Jangan tinggalkan saya.... T..Tolong jangan..ha..hantar saya balik." Butir-butir air matanya yang berharga itu membasahi pipinya. Badannya bergetar sambil dia memandang Jun Wu Xie. Dia tahu dia telah menyebabkan Tuannya marah sewaktu dia muncul sesuka hatinya ketika di Bandar Hantu.

Jun Wu Xie mengecilkan matanya dan memberikan renungan tajam kepada Teratai Kecil.

Kaki Teratai Kecil menggigil kembali.

[Sewaktu saya panggil kamu budak tak guna, saya tak sangka kamu ni benar-benar tak guna. Memaksa Cik membeli buku-buku berkebun yang usang itu. Beritahu saya apa yang kita nak buat dengan buku-buku lama ni?]

Kucing hitam kecil itu melompat ke atas meja. Salah satu kakinya menyentuh timbunan buku-buku yang diletakkan di atas meja itu. Matanya merenung Teratai Kecil dengan penuh ancaman.

avataravatar
Next chapter