Seluruh kediaman Mo Qian Yuan hampir menjadi tunggang-terbalik kerana digeledah namun dia tidak menemui apa-apa yang mencurigakan. Selepas pencarian yang menyeluruh itu, dia mulai kepenatan kerana racun bunga gandum malam itu telah menyerang sistem badannya dan merosakkan kesihatan dan staminanya. Badannya tidak lagi tegap seperti dulu.

Dia duduk untuk berehat sebentar. Dahinya dibasahi peluh.

"Kamu pasti barang yang keji itu ada di kediaman Beta?" tanyanya dengan nada berputus asa.

Jun Wu Xie menghirup teh dengan santai sebelum akhirnya meletakkan cawannya dan menjawab pertanyaan lelaki itu. "Racun bunga gandum malam perlu masuk ke dalam badan melalui makanan."

Wajah Mo Qian Yuan menjadi marah dan mulutnya bergerak-gerak. Budak ini! Baik, dia mengaku yang dia tidak bertanyakan apa-apa dan menganggap punca racun itu berada dekat dengannya. Tapi, kenapa Jun Wu Xie tidak memberitahunya lebih awal? Sebaliknya dia hanya dapat tahu selepas penat bersusah payah!

"Saya lapar" Jun Wu Xie tidak mempedulikan wajah Mo Qian Yuan yang menunjukkan dia sedang berang.

Mo Qian Yuan mengetap gigi sambil mengingatkan dirinya yang mereka sedang bekerjasama. Dia hanya mampu menenangkan perasaannya dalam diam sambil mengarahkan hamba-hamba untuk menghantar makanan tengah hari ke bilik bacaannya.

"Kucing ini…mahu makan apa?" Mo Qian Yuan memandang kucing hitam kecil yang sekarang berlingkar di pangkuan Jun Wu Xie. Kucing hitam kecil itu menggoyang-goyangkan ekornya sambil merenung Mo Qian Yuan.

Ini..

Selepas kejadian semalam, kucing hitam ini telah meninggalkan kesan mendalam dia dalam hatinya. Dia masih tidak tahu asal usul kucing hitam ini.

Kalau kucing hitam ini ialah roh berkontrak, tunggu...tak mungkin. Hubungan Jun Wu Xie sudah diketahui oleh seluruh negara. Gadis ini langsung tidak mempunyai roh berkontrak sewaktu upacara kebangkitan.

"Nak makan?" Jun Wu Xie memandang kucing hitam kecil di atas ribanya.

"Meow." Kucing hitam kecil itu mengelip-ngelipkan mata dan melesetkan ekornya yang lebat ke tangan Jun Wu Xie.

[Ikan! Saya nak makan ikan!]

"Ikan." Jun Wu Xie menjawab soalan Mo Qian Yuan tadi.

Mulut lelaki itu bergerak-gerak lagi. Melihatkan perbualan aneh di antara kucing dan gadis itu mengubah pandangannya tentang dunia ini.

Tidak lama kemudian, hamba-hamba masuk ke dalam bilik bacaan itu dan memenuhkan meja dengan pelbagai jenis makanan. Terdapat juga seekor ikan mandarin. Tanpa perlu dipelawa, kucing hitam kecil itu terus melompat ke atas meja dan mula makan hidangan ikan yang lazat itu.

Jun Wu Xie duduk makan dengan diam. Sebaliknya, Mo Qian Yuan tidak ada selera kerana dia tidak berjaya menemui punca racun itu. Dia cuma menuang secawan wain untuk dirinya kemudian menopang dagu sambil melihat Jun Wu Xie mencuba pelbagai juadah di hadapannya.

Walaupun Jun Wu Xie kecil sahaja orangnya, sikapnya telah diketahui ramai sehinggakan orang ramai berasa takut dan mengelakkan diri darinya.

Namun begitu, gadis di hadapannya hanyalah gadis biasa yang sedang menikmati makanannya.

Kalau dia tidak dilahirkan di Istana Lin, hidupnya pasti tenang dan mudah sahaja.

Jun Wu Xie merasa setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jumlah yang dia makan sama dengan apa yang dimakan oleh kucing itu.

Mo Qian Yuan berasa semakin berminat dengan gadis yang digelar oleh seluruh ibu kota sebagai 'zalim' ini. Walaupun ini hanyalah kali ketiga mereka bertemu, perasaan yang gadis ini timbulkan dalam dirinya berbeza setiap kali.

Kali pertama mereka bertemu ialah pada hari lahirnya juga. Dia masih ingat lagi tahun itu senyuman dan mata gadis itu yang bersinar mengekori Mo Xuan Fei ke mana sahaja dia pergi. Jelas sekali gadis itu telah terpikat dengannya. Ketika itu Jun Wu Xie hanyalah gadis muda yang sedang dilamun cinta.

Kali kedua ialah sewaktu jamuan lahir semalam. Kali ini reputasi gadis itu sudah bertambah buruk. Namanya disebut-sebut ramai. Gadis itu hanya duduk diam di satu sudut. Terlalu diam sehingga kehadirannya hampir dilupakan. Walaupun Mo Xuan Fei dan Bai Yun Xian menunjukkan kemesraan mereka, gadis itu tidak goyah dan hanya duduk sahaja seolah-olah dia berada di dunia lain.

Sewaktu Mo Qian Yuan bertemu gadis ini lagi di taman, dia terkejut apabila mendapati gadis kecil ini mempunyai peribadi yang kuat dan tegas.

Kali ketiga mereka bertemu ialah pada hari in. Mo Qian Yuan merasakan dia telah menjumpai satu lagi sisi gadis ini. Jun Wu Xie hanya duduk diam memerhatikan Mo Qian Yuan membodohkan dirinya sewaktu mencari racun itu. Gadis ini juga nakal orangnya.

avataravatar
Next chapter