Kucing kecil hitam itu selesa berbaring di riba Jun Wu Xie sambil menikmati usapan tuannya.

[Cik, Istana Lin ni tak selamat, patutkah kita pergi?] Kucing kecil hitam itu berbunyi manja. Apa yang berlaku hari ini menunjukkan yang Istana Lin tidak dapat bertahan lagi. Tindakan Istana Diraja ternyata semakin melampau.

"Kita tak akan ke mana-mana." Jun Wu Xie menjawab bersahaja.

Dunia ini tak sama dengan kehidupannya dahulu, walaupun Istana Lin sedang musnah perlahan-lahan, ini masih tempat perlindungan paling selamat.

Walaupun dia pakar dalam bidang perubatan, dia tak boleh nafikan yang keadaan fizikalnya sekarang amat lemah, dalam dunia aneh ini, bahaya berada di mana-mana.

"Kuasa utama di Istana Lin ialah Jun Xian. Memandangkan saya sudah berada di sini, saya tak akan biarkan dia mati dengan mudah," Jun Wu Xie mengangkat sedikit keningnya, dia tidak akan gagal dalam melindungi sesiapa pun yang dia mahu.

"Resam tubuh ini terlalu lemah,roh berkontrak pun tak ada, kalau ada, saya akan dapat bertahan dengan lebih mudah di dunia ini."

[Roh berkontrak tu apa?] Kucing hitam kecil itu tak tahu apa-apa tentang dunia ini.

Jun Wu Xie mengangkat tangan kanannya dan menunjukkan jari manisnya.

Jari-jemari runcing, sehalus dan selembut jed putih.

Biasanya, sebaik berusia empat belas tahun, sebentuk cincin akan muncul di jari manis tangan kanan, tapi tiada apa pada jarinya.

"Meow?" Kucng hitam itu memegang jari-jari Wu Xie dengan kakinya, berpaut pada jari-jari runcing itu sambil menjilat perlahan jari manis Wu Xie.

Tiba-tiba anak mata kucing itu mengecil!

[Cik, nampaknya ada kuasa aneh pada jari ini. Cik pasti itu bukan roh berkontrak?] Kucing hitam itu dapat mengesan sedikit pergerakan roh.

Jun Wu Xie mengangkat sedikit keningnya, mengusap jari manis tangan kanannya. Dia tak dapat lihat apa-apa, tapi bila jari-jarinya bergeser, dia dapat rasakan pergerakan roh yang aneh di hujung jarinya. Jantungnya berdebar kencang apabila dia merasakan kuasa tertumpu di jari manisnya.

Satu ledakan cahaya yang terang tiba-tiba menerangi seluruh biliknya!

Sekuntum teratai putih yang diliputi cahaya berkilauan sedang terawang-awang di udara.

"Meow."

[Bunga?] Sepasang mata hitam terkebil-kebil dan teragak-agak memandang ke arah Jun Wu Xie.

Spesis roh berkontrak terbahagi kepada dua jenis - sama ada boleh menjadi bentuk senjata atau bertukar menjadi binatang yang kuat.

Tapi roh Wu Xie rupanya berbentuk teratai putih...Amat jarang ada roh berkontrak berbentuk tumbuhan.

Jun Wu Xie menadah tangannya dengan berhati-hati, teratai putih itu mendarat perlahan di atas tapak tangannya,

Sedang dia membelek teratai itu, pintu biliknya diketuk.

Teratai putih itu terus hilang tanpa kesan.

"Masuk." dia menjawab secara tidak sabar.

Jun Wu Yao melangkah masuk sambil bersandar malas di muka pintu, tangannya memegang semangkuk ubat.

"Masa untuk kamu makan ubat."

avataravatar
Next chapter