40 Bandar Hantu (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Besar kemungkinan itulah sebabnya. Wu Xie yang dahulu selalu menimbulkan masalah ke mana saja dia pergi, Datuk tidak akan mengambil inisiatif untuk mengajak saya ke majlis penting seperti itu. Memandangkan Datuk baru pulang dari istana, idea itu mungkin datang daripada lelaki di atas takhta itu." Jun Wu Xie menjawab soalan kucing hitam itu dengan perlahan sambil dia terus berjalan.

"Meow?"

[Kenapa Datuk mahu Cik pergi ke sambutan hari lahir Putera Mahkota?]

"Di mata orang lain, Pak Cik saya dianggap seperti sudah mati. Istana Lin cuma ada saya sebagai generasi muda. Jadi pada mereka, Istana Lin hanya ada seorang budak muda selepas Jun Qing mati. Memandangkan Datuk pula semakin tua, tidak ada apa yang perlu mereka risaukan lagi. Tidak kira apa pun, mereka perlu terus berpura-pura. Mereka tidak akan dapat apa-apa maklumat daripada Datuk mengenai situasi Pak Cik, tapi jika gadis berusia empat belas tahun seperti saya berceloteh… Lagipun apa kamu fikir akan berlaku kalau seorang perempuan yang ditinggalkan oleh seorang lelaki, kemudian perempuan itu menghadiri sambutan hari lahir abang lelaki itu dan terlihat bekas tunangnya bermesra dengan wanita lain. Bukankah ini sebabnya mereka menjemput saya?" Jun Wu Xie biasanya tidak banyak cakap, malah dengan keluarganya juga dia jarang-jarang berbual panjang.

Namun dengan kucing hitam ini, kata-katanya keluar dengan lancar.

"Meow!" Kucing hitam kecil itu mengembangkan bulunya.

[Tak malu! Ini sudah melampau! Memang Maharaja dan Putera Kedua itu satu keluarga. Di luar mereka bersikap baik tetapi mereka mahu mengambil peluang ini untuk memalukan Cik dan menjatuhkan air muka Cik! Bagaimana orang tidak tahu malu seperti ini wujud di dunia ni?]

"Tak mengapa, hal ini tak penting, saya akan biarkan mereka dibuai perasaan gembira untuk beberapa ketika lagi. Saya akan tunjukkan kepada mereka.." kata Jun Wu Xie secara sambil lewa sambil kilauan dingin memancar dari matanya.

Mahu menyusahkan dia? Dia langsung tidak peduli.

Tetapi mereka berani melibatkan Datuk dan Pak Cik dalam rancangan mereka? Jadi mereka tak boleh salahkan dia kerana bersikap kejam.

"Orang-orang bodoh yang tidak layak hidup di dunia ini akan musnah." Dia memandang dingin periuk ubat yang sedang dipegangnya.

"Meow!"

[Cik, tunjukkan kekuatan kamu! Bunuh saja kumpulan manusia yang bodoh itu!]

Jun Wu Xie tidak lagi berkata apa-apa sambil dia terus berjalan dengan tenang dan mindanya dipenuhi pelbagai perkara.

Jun Qing sudah beransur pulih, tetapi untuk membolehkan dia kembali ke keadaan asalnya, dia memerlukan masa. Sepanjang waktu ini Jun Wu Xie tidak akan duduk-duduk saja. Dia ada roh berkontrak dan dia juga akan mula berlatih, selangkah demi selangkah untuk menjadi lebih kuat dan mencabut lalang-lalang itu. Menyingkirkan semuanya.

Untuk menjadi lebih berkuasa, dia perlu memulakan pertapaannya. Rahsia utamanya ialah dia memiliki roh berkontrak.

Sejak Jun Xian memberikannya lebih banyak kuasa dan menarik balik kebanyakan sekatan ke atasnya, Jun Wu Xie sering dilihat berada di dalam Dewan Rujukan di mana dia membaca pelbagai buku mengenai pelbagai teknik pertapaan.

avataravatar
Next chapter