19 Teratai Putih Kecil (4)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Walaupun sakit... tapi akan tumbuh semula nanti," kata Teratai Kecil dengan suara perlahan.

"Kelopak bunga ini sebahagian dari badan kamu?" tanya Jun Wu Xie.

Teratai Kecil mengangguk.

"Jadi kalau saya petik kelopak ini, sama seperti mencabut tangan kamu?"

Teratai Kecil mengangguk lagi.

Jun Wu Xie terdiam.

Baru sahaja dia menemui kegunaan si kecil ini, ia ibarat 'kanibal' pula. Walau apa pun sebabnya, perkara ini agak melampau dan bukan sesuatu yang akan dia lakukan. Jadi, Teratai Kecil kembali menjadi sesuatu yang tidak berguna.

"Ah! Saya ada benda ni!" Teratai Kecil tiba-tiba bersuara dengan teruja sambil menyentuh apron kecilnya dan menghulurkan tangannya yang digenggam.

Dia membuka genggamannya perlahan-lahan dan menunjukkan lima biji anak benih di atas tapak tangannya.

"Apa ni?" tanya Jun Wu Xie.

"Ini biji benih teratai!" Teratai Kecil terkebil-kebil beberapa kali.

"Walaupun kesannya tak sama hebat seperti makan kelopak bunga teratai, memakan biji benih ni boleh menguatkan tulang dan menyucikan sumsum tulang. Tapi ia tak dapat memulihkan urat dan badan." kata Teratai Kecil dengan perlahan.

"Ada lima saja?" Jun Wu Xie mengangkat keningnya. Kesan biji benih ini agak bagus juga.

"Tinggal lima saja sekarang. Saya boleh hasilkan satu biji benih setiap bulan, tapi dimakan oleh yang lain. Saya dapat selamatkan lima biji ini saja," jelas Teratai Kecil dengan takut-takut.

"Yang lain?" Jun Wu Xie sukar memahami cara percakapan Teratai Kecil. Tapi mendapat sebiji benih ini sebulan bagus juga.

Selepas menyimpan kelima-lima biji benih teratai itu, Jun Wu Xie berfikir tentang teratai kecilnya. Walaupun Teratai Kecil ini tiada kebolehan berlawan, kuasa derianya agak bagus dan biji-biji benih ini walaupun tidak sama taraf seperti eliksir, tetap dapat memperbaiki resam tubuh seseorang. Ini yang dia amat perlukan sekarang!

Baik dirinya sendiri, Jun Xian atau Jun Qing, mereka semua perlu memperbaiki resam tubuh mereka.

Ubat-ubatan cuma boleh mencapai kesan tertentu, tetap akan ada beberapa kesan sampingan dan menumpukan pada tulang antara yang paling sukar dicapai. Biji-biji benih teratai ini sudah menyelesaikan langkah paling utama!

Dengan tulang yang kuat sebagai asas, memulihkan bahagian lain tubuh badan akan menjadi amat senang baginya.

Mempunyai roh berkontrak bermaksud dia boleh mula bertapa dalam dunia baru ini. Walaupun Teratai Kecil tidak mampu berlawan, sekurang-kurangnya dia sudah boleh mula bertapa dan bergantung pada dirinya sendiri.

Teratai Kecil menunggu dengan cemas di sebelah Jun Wu Xie, menanti pengesahan dari tuannya sambil bermain-main dengan jarinya. Jun Wu Xie akhirnya mengangguk ke arahnya.

Menyedari yang dia tidak akan diabaikan, Teratai Kecil tersenyum lebar sambil mengalirkan air mata. DIa bersumpah dalam hatinya yang dia akan menjadi roh berkontrak yang baik dan akan berusaha bersungguh-sungguh demi tuannya.

Jun Wu Xie mula meneliti Teratai Kecil dengan tekun dan mendapati setiap bahagian badannya mempunyai kesan yang berbeza. Daging dan darah Teratai Kecil boleh memulihkan tubuh badan seseorang ibarat dilahirkan semula. Air matanya juga dapat memulihkan aliran darah.

Kesimpulannya, walaupun Teratai Kecil tiada kebolehan berlawan, ia tetap boleh dianggap sebagai harta yang berharga.

avataravatar
Next chapter