webnovel

Menampar Orang Ramai (7)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Gu Li Sheng yang dihormati dan Fan Qi yang disegani kedua-duanya telah tampil memberitahu semua orang hal sebenar. Mereka menggunakan reputasi dan kemasyhuran mereka yang tidak tercela itu untuk memberi jaminan ke atas integriti Jun Xie. Berbanding dengan penjelasan tidak kukuh di sebalik khabar angin tersebut, bukti yang ditunjukkan oleh mereka berdua ini lebih boleh dipercayai!

Seorang merupakan Ketua Fakulti Pemulihan Roh manakala seorang lagi ialah Guru Besar Akademi Zephyr. Kedua-dua tokoh ini, serta kedudukan terhormat yang mereka pegang, mempunyai kuasa yang tinggi di seluruh Akademi Zephyr. Mereka tidak perlu bertindak sejauh ini semata-mata untuk melindungi seorang pelajar baru yang pendiam dan tidak menonjol jika mereka tidak ada sebab yang baik!

Pada ketika itu, segala panggilan negatif yang dilabelkan pada Jun Xie terus dibersihkan. Tiada siapa yang masih berani mengaitkan Jun Xie dengan khabar angin yang tidak berasas itu lagi!

Apa yang para pelajar ini rasakan terhadap Jun Xie kini bukan lagi benci atau jijik, tetapi mereka kini berasa terkejut dan kagum dengan pemuda itu.

Dalam mimpi sekalipun mereka tidak pernah menjangkakan yang inilah hal yang sebenar!

Orang yang mereka keji dan caci selama ini sebenarnya merupakan mangsa dalam seluruh kejadian ini!

Hakikatnya, orang yang sebenarnya telah mengambil alih kedudukan orang lain di fakulti Pemulih Roh bukanlah Jun Xie, tetapi Li Zi Mu!

"Saya boleh jamin kebaikan dia! Jun Xie bukan seperti apa yang khabar angin itu katakan! Kalau bukan kerana Jun Xie, saya tak mungkin akan dapat keluar dari Hutan Roh Pertempuran hidup-hiduo!" Seorang pemuda yang kurus dam lemah tiba-tiba melangkah keluar dari kerumunan itu dan berkata dengan kuat setelah mendapat kekuatan untuk bercakap.

"Saya boleh jamin kebaikan dia juga!"

"Saya pun sama!"

Secara berturut-turut, lebih sepuluh orang pelajar melangkah keluar dari kumpulan pelajar yang berkumpul di situ. Mereka semuanya merupakan kumpulan yang bersama-sama dengan Li Zi Mu sewaktu mula-mula masuk ke Hutan Roh Pertempuran.

"Saya telah ditugaskan menjadi mentor Li Zi Mu. Pada mulanya, saya juga seperti kamu semua dan percaya segala yang Li Zi Mu katakan lalu telah salah faham terhadap Jun Xie. Tetapi ketika Perburuan Roh, saya sedar yang saya telah tersilap! Orang yang keji itu bukan Jun Xie, tetapi Li Zi Mu!" Pelajar yang menjadi mentor Li Zi Mu itu tampil tanpa segan silu dan memberitahu semua orang apa yang sebenarnya telah berlaku di Hutan Pertempuran Roh tanpa sedikitpun meninggalkan sebarang maklumat.

Apa yang dia beritahu sekarang adalah apa yang telah berulang kali disebutnya sebelum ini. Sewaktu Jun Xie dikeji dan dihina tanpa belas kasihan, dia dengan beraninya telah cuba mempertahankan Jun Xie.

Tetapi disebabkan dia hanyalah pelajar biasa, tiada siapa yang percaya dengan apa yang dia katakan!

Namun keadaan hari ini amat berbeza!

Apabila kata-kata yang sama ini diucapkan dengan kuat di hadapan kerumunan pelajar itu hari ini, kekecohan terus melanda mereka!

Tak pernah mereka bayangkan yang Li Zi Mu itu begitu keji dan tidak tahu malu. Selain menjadi orang yang mengambil tempat Jun Xie, dia juga telah menyebarkan khabar angin palsu tentang niat jahat Jun Xie dan sifat berpura-puranya. Sewaktu Perburuan Roh, Li Zi Mu juga meninggalkan ahli kumpulannya yang telah tercedera akibat menyelamatkan dia. Sepantas yang boleh, dia berpaut pada Fan Jin yang kuat itu demi mendapatkan perlindungan. Jun Xie pula tidak menyimpan dendam dan berbesar hati menerima Li Zi Mu!

Kebenaran di sebalik semua ini mengotorkan nama Li Zi Mu dan terus mengubah imej Jun Xie di minda semua orang di situ!

Semua pemuda yang sebelum ini tanpa henti menghina Jun Xie, semua pemuda yang selama ini tanpa belas kasihan mengeji Jun Xie serta mereka yang selama ini bersungguh-sungguh mahukan Jun Xie disingkirkan dari Akademi Zephyr, kini hanya tunduk. Mereka berasa kesal dan malu, tidak mampu untuk memandang Jun Xie sekalipun.

Pada ketika itu, mereka berharap tanah itu akan menelan mereka dan menyembunyikan mereka daripada rasa bersalah dan malu yang mereka rasakan. Wajah mereka semuanya menjadi kemerah-merahan.

Mereka tidak mampu berhadapan dengan sesiapa setelah menyedari kebodohan mereka sendiri.

Mereka terpengaruh dengan khabar angin palsu itu dan dengan naifnya percaya segalanya yang mereka dengar. Walaupun hal sebenar tidak jelas, mereka buta-buta mengikut orang lain dan berkali-kali membuat tuduhan tidak berasas dan mencemarkan nama Jun Xie.

Seperti yang Gu Lli Sheng katakan tadi, tindakan mereka telah memalukan Akademi Zephyr!

Gu Li Sheng memerhatikan reaksi semua pelajar di hadapannya ini dengan puas hati. "Hari ini, di hadapan semua orang di sini, saya sekali lagi mahu menjemput Jun Xie kembali ke fakulti Pemulihan Roh. Saya harap kamu dapat terima." Gu Li Sheng bertanya dengan penuh rendah hati sambil memandang Jun Xie. Dia menundukkan kepalanya sedikit untuk menunjukkan perasan bersalah yang dirasainya.