webnovel

Waktu Remajaku Bermula Dengannya

Auteur: Baby Piggie
Urbain
Actuel · 2.2M Affichage
  • 1271 Shc
    Contenu
  • 4.7
    529 audimat
  • NO.200+
    SOUTIEN
Synopsis

Tujuh tahun yang lalu, selepas perpisahan mereka, dia menghilang tanpa jejak. Kini, dia muncul di ambang pernikahan si gadis, menggunakan semua cara untuk memaksa si gadis menikahinya. Dengan sijil perkahwinan, dia mengikat si gadis di sisinya. Dari situ, ‘Cinderella’ ini memulakan perjalanan hidupnya sebagai isteri kepada pewaris empayar perniagaan. Puan Huo — tenang, fasih lidah dan sangat pintar. Encik Qin — lelaki yang memanjakan isteri tanpa batas dan ‘peminat tegar’ anak mereka. Kisah cinta berkualiti, satu sama satu. Anda diraikan untuk sama-sama jatuh hati dengan cerita ini bersama kami.

Chapter 1Pertemuan Semula

Sebuah teksi berwarna merah berhenti di hadapan Hotel Kempinski, dan seorang gadis muda yang berumur 20-an melangkah keluar. Dia mengenakan pakaian berwarna putih dan rambut panjangnya sedikit keriting. Dia tidak kelihatan terlalu mewah mahupun mencolok mata, cuma biasa-biasa sahaja. Solekannya juga ringkas dan dia menggenggam beg tangan berwarna putih, dipadankan dengan kasut tumit tinggi berwarna hitam. Kesemua ini membuatkannya kelihatan seperti seorang dewi dari sebuah oasis yang tenang dan terasing.

Kecantikannya tidaklah mencapai tahap yang mampu membuatkan semua orang kagum memandangnya, tetapi ciri-ciri wajahnya sangat lembut dan sukar untuk dilupakan. Dia membuatkan seseorang itu berasa seolah-olah ditiupkan angin musim bunga yang lembut. Memang terdapat wanita sebegitu di dunia ini, di mana kecantikannya tidak menakjubkan, tetapi tetap menawan. Dan Huo Mian adalah salah seorang daripada wanita tersebut. Wanita yang mampu menawan perasaan orang lain hanya melalui kewujudannya semata-mata.

Di sebalik pintu, bekas teman sekelasnya yang bertugas untuk menyambut tetamu menunjukkan arah kepadanya dengan senyuman yang manis. "Huo Mian, kamu sudah sampai! Cepat naik ke Bilik Peony di tingkat dua. Semua orang sedang menunggu di situ. Mereka pasti gembira apabila tahu kamu sudah sampai!" Huo Mian mengangguk dan membalas senyuman mereka. Dia berjalan dengan perlahan-lahan ke tingkat dua. Dia tidak tahu kenapa, tetapi dia dapat merasakan satu perasaan tidak senang hati mula terbentuk di dalam hatinya. Ini adalah satu perasaan yang sudah lama tidak dirasakannya.

Sebenarnya, dia jarang sekali menghadiri pertemuan semula sekolah menengah sebegini. Huo Mian bukanlah seorang yang tidak suka bersosial, bukan juga kerana dia merasakan bahawa dia terlalu bagus untuk mereka semua. Cuma, sewaktu tempoh tiga tahun di sekolah menengah, terdapat seseorang yang telah meninggalkan kesan mendalam terhadap hati dan jiwanya sehinggakan dia mengelak untuk menghadiri acara sebegini tanpa disedari.

Kali ini, dia bersetuju untuk hadir kerana guru kelasnya sendiri telah menelefon dan menjemputnya. Puan Yao sudah berusia lebih dari enam puluh tahun dan sudahpun lama bersara. Daripada apa yang Huo Mian dengar, dia telah berhijrah ke New Zealand bersama anak perempuannya beberapa tahun dahulu. Cuma sekarang, bukan sahaja dia memutuskan untuk kembali ke negara ini, dia juga telah mengendalikan pertemuan semula ini. Huo Mian tidak mempunyai alasan untuk menolak. Sungguhpun dia bukanlah jenis pelajar yang berjaya memenangi hati gurunya melalui pencapaian akademik, dia teramat menyukai Puan Yao, sama seperti teman-teman sekelasnya yang lain.

Lagipun, orang itu telah menghilangkan diri selama tujuh tahun. Tak mungkin dia akan tiba-tiba muncul di majlis ini, bukan? Dia cuba untuk meyakinkan dirinya, tetapi Huo Mian masih gagal untuk menghilangkan rasa tidak tenang tersebut.

Apabila dia akhirnya melangkah masuk, sudah terdapat lebih kurang dua puluh orang di dalam. Mendengarkan pintu terbuka, mereka semua memandang ke arah pintu dan melihat Huo Mian tersenyum malu.

"Hai semua orang. Sudah lama kita bertemu." Dia berkata.

"Wah, Cik Huo yang cantik rupanya! Tak sangka kamu akhirnya datang ke majlis pertemuan semula! Hujan merah nak turun ke?" Kata salah seorang bekas rakan perempuan sekelasnya dengan nada yang mengejek.

Huo Mian cuma tersenyum dengan janggal dan tidak menjawab. Sejurus selepas itu, Presiden Kelas, Han Xu, berdiri dan menyambutnya dengan mesra. "Huo Mian. Sudah lama kita tidak berjumpa, semua orang merindukan kamu! Apa khabar kamu baru-baru ini?"

"Oh, saya baik-baik sahaja, Presiden Kelas," Huo Mian memandang ke sekeliling bilik. Apabila dia tidak menemui guru kelasnya, dia tertanya-tanya, "Di manakah Puan Yao?"

"Oh, I'm doing well, Class President," Huo Mian looked around the room. When she didn't see the homeroom teacher, she couldn't stop herself from asking, "Where's Ms. Yao?"

"Ah, Puan Yao baru menelefon dan memberitahu yang dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dia akan tiba tidak lama lagi. Marilah duduk dulu."

Huo Mian mengangguk. Mencari satu sudut yang sunyi, dia duduk dan mendengarkan gurau senda daripada rakan di sekelilingnya.

Sudah lama mereka semua tamat persekolahan, dan semua orang sudah berubah. Ada yang sudah menjadi usahawan terkenal, ada yang bekerja dengan kerajaan dan ada juga yang belajar di luar negara. Dari segi keseluruhannya, jika dibandingkan dengan semua yang berada di sini, gadis yang dahulunya dianggap sebagai genius dengan IQ setinggi 130 hanya kelihatan teramat biasa sahaja sekarang ini.

Setelah tamat persekolahan, dia menolak tawaran dari kolej di ibu kota dan memeranjatkan semua orang apabila dia memohon untuk menyertai sekolah jururawat di akademi perubatan tempatan. Setelah selesai belajar, dia bekerja sebagai seorang jururawat pelatih dengan kontrak selama 3 tahun.

Sekarang, dia sudahpun mempunyai hubungan yang stabil dengan seorang pelatih di bahagian oftalmologi dalam hospital yang sama. Sungguhpun latar belakang keluarganya sederhana sahaja, dia mempunyai masa hadapan yang cerah. Huo Mian merasakan yang dia tidak ada apa-apa lagi yang hendak dimintanya dalam kehidupan ini. Dia tidak menginginkan harta dan kekayaan, dia cuma mahukan kestabilan dan keselamatan.

Kemudian, seseorang tiba-tiba menepuk bahagian belakangnya. Huo Mian terperanjat dan terus berpaling.

Vous aimerez aussi

S.H.E

Kehidupan seorang anak yatim yang kehilangan keluarganya sejak kecil lagi bukanlah suatu yang mudah. Dia terpaksa menagih kasih daripada keluarga mak ciknya yang tidak pernah dia kenal sebelum ini. Terpaksa belajar apa itu peritnya kehidupan dan mengenal realiti hidup yang tidak pernah dia tempuhi selama ini. Hidup yang ibu bapanya berikan merupakan satu kehidupan yang sempurna, sempurna dari segi kasih sayang dan sempurna dari semua segi keperluan. Kini, sempurna itu tidak lagi wujud dalam hidupnya. Sempurna itu hanya ada di dalam cerita dongeng yang selalu papanya ceritakan dahulu. Kehadiran seorang lelaki membuatkannya menaruh harapan kembali. Mungkin deritanya akan berakhir tidak lama lagi, mungkin hidupnya akan menjadi sempurna semula. Lelaki yang berjaya mencuri hati dan perhatiannya itu mungkin lelaki yang akan membawakan kesempurnaan itu datang kembali. Namun, benar kata pepatah panas tidak akan berterusan hingga ke petang. Sekali lagi, kebahagiaan yang sepatutnya menjadi miliknya diragut oleh sepupunya sendiri. Membuatkan dia semakin jauh terjatuh dan akhirnya tidak lagi mahu menaruh harapan kepada kesempurnaan. Dia berserah kepada takdir yang membimbingnya. Takdir hidupnya bersama lelaki yang tidak mengenal erti kasih dan sayang, lelaki yang menganggap hidup adalah satu permainan. Sheena Heather Edward - Sempurna itu tidak pernah wujud dalam hidup manusia. Sempurna hanya wujud dalam hidup syaitan bertopengkan manusia. Mike Jacob - Jangan menaruh harapan untuk dibahagiakan oleh orang lain kerana setiap orang terlalu sibuk untuk membahagiakan diri sendiri. Adam Daniel - Hidup ditentukan oleh pilihan manusia dan cinta tidak menjanjikan kebahagiaan kerana cinta tanpa wang membawa kepada derita selamanya.

TheWhiteButterfly · Urbain
Pas assez d’évaluations
15 Chs
Table des matières
Volume 1
Volume 2
Volume 3
Volume 4