Qin Chu tidak berkata apa-apa…
Namun, kehadirannya membuatkan orang lain berasa sangat tertekan…
Melihat kesungguhannya, Song Yishi tidak mempunyai pilihan selain memandang ke bawah dan memberi nombor akaunnya kepada Qin Chu.
"Berapa banyak yang kamu dah belanjakan?"
"Kurang daripada lapan puluh ribu," kata Song Yishi.
Sepuluh saat kemudian, telefonnya berbunyi…
Song Yishi menerima notis daripada aplikasi bank…
"Kenapa kamu bagi banyak sangat?" Song Yishi mengangkat muka memandang Qin Chu apabila dia melihat Qin Chu memindahkan seratus ribu yuan.
"Untuk berterima kasih sebab kamu dah jaga mak saya sejak beberapa hari lepas."
"Jadi… kamu bayar upah buruh pada saya?" Song Yishi tersenyum pahit.
Qin Chu terdiam…
"Yishi… kamu patut simpan saja sebab Chu nak bagi pada kamu. Anggap ia sebagai hadiah daripada Qin Chu. Dia dah pindahkan pada kamu pun," Puan Qin cuba menjadi pengantara.
"Jom."
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com