webnovel

Bagaimana Memohon Kemaafan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Huo Mian berpusing dan melihat emaknya mengejar.

"Mak, apa yang tak kena?"

"Ada tak si tak guna itu cakap apa-apa pada kamu semasa kamu ke sana?" Yang Meirong bertanya dengan air muka yang muram.

Huo Mian segera memahami apa yang dicakapkan emaknya dan merendahkan suaranya. "Dia tanya saya bagaimana keadaan Mak kebelakangan ini."

"Mengarut. Jika saya dalam keadaan baik, adakah saya akan membuka kedai runcit kecil di tempat jahanam seperti ini? Lelaki tak guna tak berhati perut." Wajah Yang Meirong membara dengan amarah.

Huo Mian kekal diam.

"Apa yang saya maksudkan, adakah dia mengajak kamu bekerja di Syarikat Huo? Apa-apa pun, kamu tetap anaknya."

"Oh, ya. Dia tanya saya jika saya mahu kembali dan saya cakap tidak." Huo Mian menjawab jujur.

"Apa? Kamu cakap tidak? Adakah kamu bodoh?" Yang Meirong menolak Huo Mian dengan kuat sehingga dia hampir terjatuh ke tanah.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant