"Zhu Lingling, kamu ganggu percintaan mereka. Itu ke yang kamu nak?" Gao Ran memandang rendah padanya.
"Tapi saya takut tidur seorang diri. Saya akan mimpi buruk." Zhu Lingling memuncungkan bibir.
"Kamu ada Gao Ran, kan?"
"Dia? Tak nak. Tak sopan kalau lelaki dan wanita berkongsi bilik." Zhu Lingling tersenyum dengan kekok.
"Jangan risau, saya tak akan apa-apakan kamu. Kenapa kamu perasan sangat?"
"Saya juga tak akan izinkan jika kamu mahu mengapa-apakan saya," balas Zhu Lingling.
"Jadi, kamu nak tidur di bilik yang sama atau berasingan?" tanya Huo Mian sambil ketawa.
"Saya tak kisah mana-mana sekalipun…" Gao Ran memuncungkan bibirnya dan tidak bercakap apa-apa selepas itu.
"Saya, uh… sebenarnya saya nak kamu…"
"Ehem…" Qin Chu batuk pada masa yang sesuai.
Zhu Lingling segera membetulkan kata-katanya. "Saya pilih untuk ke bilik yang sama dengan pegawai polis dan rela menderita."
Akhirnya, semua orang gembira…
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com