Setelah teragak-agak untuk beberapa saat, Huo Mian mengambil keputusan untuk menjawab…
Huo Mian keluar dari bilik peribadi setelah menjawab panggilan tersebut…
"Helo?"
"Selamat hari lahir, Mian." Suara Ning Zhiyuan kedengaran garau di hujung talian.
"Terima kasih." Suara Huo Mian hanya kedengaran tenang dan dingin.
"Mian, saya rindukan kamu."
"Ning Zhiyuan, biar saya ingatkan kamu. Sekarang kamu suami Wu Xiaoxue, dan kamu bakal jadi ayah kepada anaknya. Tolong ingat perkara tu."
Huo Mian mahu ketawa apabila dia mendengar Ning Zhiyuan mengatakan dia merinduinya.
Ke mana dia menghilang ketika Huo Mian memerlukannya? Perangainya yang sebenar jelas menunjukkan dia tidak setia dan pengkhianat.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com