webnovel

Oh Dia Sudah Berkahwin (9)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Mestilah Ibu sokong. Kalau kamu suka lelaki, beri saja Ibu cucu supaya boleh jadi pewaris Keluarga Su. Selain daripada itu, Ibu tak peduli siapa yang kamu suka."

Su Yu tergamam mendengar kata-kata ibunya.

"Ibu memang ibu saya. Jelas sekali saya bukan pakej perjanjian yang datang dengan barang yang Ibu beli."

"Kenapa kamu tanya? Ada mana-mana gadis yang kamu suka?"

"Emm... ya, ada seorang gadis yang saya suka."

"Dia kerja apa? Berapa umur dia? Macam mana rupa dia, kamu ada gambar dia?" Kata-kata anaknya telah menarik perhatian Puan Su.

"Ibu, sekarang bukan masa yang sesuai. Saya akan beritahu Ibu nanti, ya?"

"Kamu suka berahsia. Baiklah. Tapi kamu bukan muda lagi. Berhenti main-main dan putuskan hubungan dengan semua selebriti perempuan di syarikat kamu. Datuk kamu dah beritahu yang tiada sesiapa daripada industri hiburan boleh masuk ke dalam keluarga kita."

"Saya tahu." Su Yu mengangguk.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant