webnovel

Terlalu Ramai yang Mahu Kamu Mati (5)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Zhu Lingling, kawan jenis apa kamu ni… kenapa kamu tak ajak saya sertai kamu berdua?" Huo Mian berpura-pura marah dan mula mendesak.

"Oh… saya, um… saya cuti hari ni, Gao Ran kata tempat ni ada itik panggang yang sedap. Jadi, dia ajak saya."

"Encik Beg Duit Gao Ran… kenapa kamu tak ajak suami saya untuk makan tengah hari sekali? Saya ingatkan kamu berdua kawan." Huo Mian sengaja menjeling Gao Ran.

Lelaki itu terbatuk…

"Ahem… um… Encik Qin sibuk, saya dengar GK tengah buat persediaan untuk jamuan tahun baru. Jadi, saya tak nak kacau dia."

"Kamu tak tanya saya pun, macam mana kamu tahu saya sibuk? Kamu penilik nasib ke?" Qin Chu sengaja mengeruhkan lagi keadaan.

Gao Ran mula berasa semakin kekok…

"Hei hei hei, mari duduk. Duduk, kita makan sama-sama." Zhu Lingling segera bangun dan mempelawa tempat duduk, berharap dapat menukar subjek dan dapat mengelak keadaan menjadi lebih kekok.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant