webnovel

Mengumpul Duit

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Selepas teragak-agak buat beberapa detik, Huo Mian menganggukkan kepalanya. Dia tahu dia tidak dapat menyembunyikan hal ini daripada pengarah itu.

"Ya, kami sama-sama kenal sebelum ini." Dia berkata, cuba untuk mengelakkan hal sebenarnya dan memberi penerangan biasa.

"Itu akan memudahkan urusan ini. Kalau kamu berdua merupakan kenalan, saya cadangkan kamu bertanya Doktor Qin untuk lakukan pembedahan untuk adik kamu. Kamu patut tahu yang dia merupakan doktor dari Harvard. Dengan bantuan ketua doktor bedah di hospital kita, pembedahan adik kamu akan mempunyai peluang untuk berjaya yang lebih tinggi. Apa pendapat kamu?"

"Emm. Saya akan fikirkan mengenainya. Terima kasih untuk peringatan Tuan."

Selepas mereka habis bercakap, Huo Mian berpusing dan meninggalkan pejabat pengarah. Perasaan sulitnya tidak dapat dibanding dengan sebarang perkara lain.

Patutkah dia meminta pertolongan Qin Chu? Dia lagi rela mati. Mungkin dia patut kumpulkan duit itu terlebih dahulu. Lagipun, 300,000 yuan bukannya jumlah yang kecil.

-Di dalam bilik pesakit-

Emaknya sudah terjaga apabila Huo Mian melangkah masuk. Moodnya masih kelihatan tidak baik.

"Mak, saya ada sesuatu yang perlu dicakapkan dengan Mak." Huo Mian memulakan dengan lembut.

Yang Meirong memalingkan kepalanya ke arah lain dan tidak memberi tindak balas.

"Saya baru sahaja ke pejabat pengarah hospital ini dan bertanya mengenai keadaan Zhixin. Pengarah itu juga mencadangkan pembedahan lain, tetapi ia sangat mahal. Kita perlukan 300,000 yuan."

"Kita akan selamatkan Zhixin jika kita perlu jual rumah dan harta kita sekalipun. Apa gunanya duit?" Yang Meirong membalas dengan tegas sambil merenung Huo Mian.

Huo Mian mengangguk. "Saya juga fikirkan benda yang sama. Saya akan buat apa sahaja untuk selamatkan Zhixin. Mak, jaga diri Mak dan serahkan semuanya kepada saya. Saya akan cari duit terlebih dahulu."

"Jual rumah itu. Kita boleh menyewa." Yang Meirong berkata dengan suara yang tenggelam timbul semasa dia merendahkan kepalanya.

"Kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjual rumah itu kerana pembedahan kedua mesti dilakukan dalam masa beberapa hari. Biar saya cari jalan. Mak jaga diri Mak dan cepat sembuh."

Selepas dia selesai bercakap, Huo Mian meninggalkan bilik emaknya…

Dia menarik nafas panjang dan cuba menenangkan dirinya. Kemudian, Huo Mian membawa keluar telefonnya dan membelek setiap satu kenalannnya, cuba melihat siapa yang mampu menolongnya ketika ini.

Kemudian, dia teringatkan seseorang – Ning Zhiyuan.

Tapi itu bukan kerana dia tiada pilihan lain selain meminjam dengan lelaki itu. Ia kerana semasa mereka membeli pangsapuri itu, Huo Miang menggunakan 60,000 yuan daripada simpanannya untuk bayaran pendahuluan.

Dia tidak mempunyai gaji yang tinggi. 60,000 yuan itu merupakan hasil simpanannya daripada kerja separuh masa yang dilakukan sambil bekerja sepenuh masa di hospital. Ia bukan perkara yang mudah.

Jadi, dia mahu menanyakan Ning ZHiyuan jika dia boleh mendapatkan kembali wang itu.

Tidak lama kemudian, Huo Mian menuju ke pangsapuri yang baru dibeli oleh Ning Zhiyuan.

Dia tidak sering ke sana. Mereka merancang untuk berpindah masuk selepas mereka berkahwin tetapi mereka telah berpisah. Jadi, perkara itu tidak diselesaikan.

Rumah baru itu berada di bangunan pangsapuri 33 tingkat betul-betul di Jalan Cincin Ketiga. Keadaan trafiknya baik dan ia sangat mudah untuk ke mana-mana.

Ning Zhiyuan tinggal di tingkat Sembilan. Huo Mian menaiki lif ke tingkat Sembilan dan berhenti di hadapan Unit 902.

Dia baru sahaja hendak mengetuk pintu apabila dia perasan pintu itu tidak tertutup rapat.

Huo Mian membuka pintu itu perlahan-lahan. Sebaik sahaja dia berjalan masuk, dia ternampak sepasang kasut tumit tinggi wanita di muka pintu. Kasut itu berwarna ungu dan kelihatan sangat seksi.

Kemudian, dia terdengar suara yang sedang menggatal dari dalam bilik tidur…

"Ah, kamu belum mandi lagi! Cepat, kotornya kamu~"

"Tidak perlu tergesa-gesa. Saya akan mandi selepas kita selesai di sini." Ning Zhiyuan membalas dengan keras.

Huo Mian sedar dia datang pada masa yang tidak tepat dan mungkin dia tidak patut bertanya pada Ning Zhiyuan.

Sewaktu dia mahu berpusing dan meninggalkan tempat itu, dia terlanggar sepasang kasut yang menyebabkan bunyi bising.

"Siapa itu?" Ning Zhiyuan segera berjalan keluar dari bilik tidur untuk memeriksa.

Melihatkan Huo Mian, dia sedikit terkejut dan kekok. "Kamu…kenapa kamu di sini?"

Huo Mian nampak Ning Zhiyuan separuh bogel. Dia tidak memakai apa-apa selain sepasang seluar dalam. Huo Mian segera memalingkan kepalanya. "Ada sesuatu yang berlaku dalam keluarga saya. Jadi, saya datang untuk bertanya jika kamu boleh pulangkan duit yang saya bayar untuk bayaran pendahuluan hari itu." 

Chapitre suivant