webnovel

Kehibaan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Mak, saya tak mahu. Selain daripada nama keluarga saya, saya langsung tidak ada kena mengena dengan keluarga itu. Lagi pun, saya tidak suka orang itu."

Huo Mian hanya merasakan benci terhadap bapa kandungnya, Huo Zhenghai yang merupakan salah seorang daripada sepuluh orang terkaya di bandar itu.

Selama ini, lelaki itu tidak pernah bertanyakan mereka. Dia langsung tidak pernah memberikan mereka satu sen sekali pun dan berlagak seolah-olah mereka tidak wujud.

Dia juga tidak menghadiri pengebumian Pak Cik Jing walaupun Pak Cik Jing merupakan pemandunya selama sepuluh tahun.

Lelaki yang tidak berhati perut begitu tidak layak menjadi ayahnya.

"Pergi lah. Saya dengar nenek kamu meninggal dunia." Yang Meirong berkata dengan sedikit kesedihan pada suaranya.

Jika ada seseorang yang baik dalam Keluarga Huo, orang itu adalah Nenek Huo.

Dia merupakan seorang wanita tua yang mengamalkan agama Budha dan berpindah keluar daripada Keluarga Huo bertahun-tahun yang lalu untuk tinggal di sebuah tokong di Selatan China.

Huo Mian pernah berjumpa Nenek Huo sekali. Seorang pemandu membawa Nenek Huo berjumpanya sekali dan wanita tua itu membawakan beberapa pasang pakaian yang cantik untuk Huo Mian dan memberikannya wang.

Tetapi, emaknya tidak menerima wang itu. Semua perkara ini berlaku sepuluh tahun yang lalu ketika Huo Mian masih seorang remaja.

Hati Huo Mian menjadi sayu mendengarkan neneknya meninggal. Ia perasaan yang teruk.

"Kamu patut pergi. Jangan hiraukan orang lain. Nenek kamu melayan kamu dengan baik dan melawat kamu semasa kamu muda. Kamu patut pergi dan jumpa dia buat kali terakhir."

"Baiklah." Selepas beberapa detik teragak-agak, Huo Mian akhirnya bersetuju.

Dia berjalan ke almari pakaiannya untuk mencari pakaian berwarna hitam untuk dipakai ke pengebumian itu. Tetapi, dia tiba-tiba sedar yang dia sudah berpindah dan tidak ada satu pun pakaian hitamnya berada di sini. Dia hanya ada baju kerja dan baju-T putih serta seluar jeans yang dipakainya sekarang.

Huo Mian bimbang dan membuka almari pakaian itu. Dia segera dikejutkan dengan semua pakaian yang berada di dalam almari itu.

Ada berdozen-dozen pakaian di dalam almari itu. Semuanya baru dengan tanda harga yang masih terlekat pada setiap pakaian. Kesemuanya ialah pakaian berjenama mewah. Setiap satu bernilai lebih daripada empat angka.

Gaun-gaun, seluar jeans, baju-T, cardigan, jaket, selendang, gaun petang, semua pakaian yang mungkin diperlukannya…

LV, Chanel, Versace, DG, Dior, Gucci, Prada, Valentino… 

Adakah Qin Chu memindahkan kedai pakaian ke dalam almarinya?

Huo Mian memilih satu pakaian secara rambang. Dia perasan semuanya bersaiz S, iaitu saiznya sendiri.

Adakah Qin Chu menyediakan ini semua untuknya?

Kenapa dia tidak mengatakan apa-apa? Lelaki itu…

Selepas pulih daripada kejutannya, Huo Mian memilih satu gaun hitam daripada almari pakaian itu. Dia menyarungkannya dan gaun itu kelihatan sangat cantik pada tubuhnya.

Huo Mian menaiki teksi dan selepas 40 minit, dia tiba di rumah agam Keluarga Huo yang terletak di pinggir bandar.

Dari kejauhan, dia dapat melihat banyak kereta hitam yang diletakkan di luar pintu rumah. Nampaknya, semua orang berada di sana untuk berkabung.

Huo Mian melangkah perlahan-lahan.

"Maafkan saya. Sila tunjukkan jemputan kamu." Pengawal keselamatan di pintu itu memberhentikan Huo Mian.

Huo Mian tidak pernah ke rumah ini. Jadi, logiklah jika pengawal keselamatan itu tidak mengenalinya.

"Saya berada di sini untuk meratap bagi pihak nen…" Huo Mian tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila dia melihat sebuah Maserati hitam berhenti di sisinya. Kemudian, tingkap kereta itu diturunkan.

Huo Siqian berkata pada pengawal keselamatan itu, "Biarkan dia masuk. Ini adik saya."

"Baik, Tuan Muda."

Pengawal keselamatan itu membuka pintu dan Huo Mian berjalan masuk.

Selepas Huo Siqian memarkir keretanya, dia mengejar Huo Mian dan berkata, "Saya tidak sangka kamu akan datang. Saya ingatkan perkara terakhir kamu akan buat ialah kembali ke rumah ini."

"Sudah tentu saya tidak mahu datang. Saya hanya ke sini untuk menghantar nenek saya pergi buat kali terakhir dan ia bukan urusan orang lain." Huo Mian berkata dingin.

"Mian, kamu kelihatan cantik hari ini." Selepas bercakap, Huo Siqian tidak menunggu balasannya sebelum terus menuju ke Dewan Berkabung.

"Gila."

Huo Mian memandang tubuh Huo Siqian dan menggumam, "Hari ini ialah hari untuk berkabung dan meratap. Adakah ia sesuai untuk memuji rupa orang lain?"

Huo Mian sering merasakan yang Huo Siqian agak aneh walau pun dia terkenal dalam kalangan perempuan dan sangat dihormati dalam Keluarga Huo.

Huo Mian juga berjalan menuju ke Dewan Berkabung. Semua orang daripada Keluarga Huo sedang melutut di sana.

Isteri Huo Zhenghai, Jiang Hong, perempuan simpanannya – Shen Jiani, Huo Yanyan dan Huo Siyi semuanya ada.

Di tengah-tengah mereka ialah bapanya yang sudah lama tidak dilihatnya – Huo Zhenghai.

"Ini….?" Huo Zhenghai memandang Huo Mian. Dia tidak mengecam gadis itu.

"Ayah, ini Huo Mian." Huo Siqian memperkenalkannya.

Huo Zhenghai terpana mendengarkan kata-kata Huo Siqian.

Dia telah menghubungi Yang Meirong dan menjemput Huo Mian untuk hadir. Tetapi, dia tidak sedar yang anak ini sudah begitu dewasa dengan cepatnya.

Semua orang melihat ke arahnya apabila mendengarkan nama Huo Mian. Huo Mian pula hanya berdiri dengan senyap tanpa sebarang emosi terlakar pada wajahnya.

Chapitre suivant