"Mencarut pada dia? Berbaloi ke? Saya tak nak turun ke tahap dia. Dulu saya rasa Huo Mian terlalu merendah diri."
"Sekarang?" tanya Wei Liao dengan senyuman.
"Sekarang saya tahu kenapa Huo Mian abaikan dia.Dia memang perempuan paling teruk… kepura-puraan dia buat saya mual. Saya benci tengok dia berlakon suci."
"Xiaowei… bertenang, ramai orang macam dia dalam dunia ni. Kamu tak sepatutnya terkejut," pujuk Wei Liao.
"Tak, tak, saya tak akan tidur selagi saya tak hentam dia." Kemudian, Jiang Xiaowei log masuk ke akaun 'Penakluk Sundal' dan mula meninggalkan komen di bawah siaran Song Yishi.
"Dewi tak wujud dalam dunia ni. Seseorang jadi dewi hanya kerana terlalu ramai orang yang nak naik ke katil dia. Tapi maafkan saya, kalau saya lelaki sekalipun, saya tak akan tidur dengan kamu. Saya takut saya akan tengok kamu tanpa topeng. Lagipun, bukan semua orang mampu jadi talam dua muka. Kamu belajar melukis di Itali atau melukis topeng?"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com