"Kamu…"
Sebaik sahaja Huo Mian membuka mulutnya, Zhixin mencelah, "Mereka beri dadah dalam minuman kamu dan kemudian kamu tak sedar. Lepas saya dapat panggilan kamu, saya pergi cari kamu dengan kakak saya. Kami bawa kamu ke hospital dan sebab tu kamu bangun dekat sini pagi ni."
"Jadi… mana Yuan Ziwei dan orang lain?" tanya Huang Yue.
Huo Mian meneka Yuan Ziwei ialah lelaki bertatu itu.
Oleh itu, dia berkata, "Mereka dah ditahan atas sebab sengaja mencederakan dan penculikan."
"Apa? Kamu tak boleh buat macam tu… kamu tak boleh tahan dia, tak boleh!" Huang Yue menjadi cemas.
"Yue, kenapa ni?" Zhixin tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya.
"Mereka ada rakan subahat, mereka akan balas dendam pada saya dan cederakan ibu bapa saya. Kenapa kamu tak boleh jaga tepi kain kamu sendiri. Siapa suruh kamu datang? Siapa suruh kamu telefon polis?"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com