webnovel

Saya Suami Kamu, Bukan Anak Kamu (9)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Ibu… saya geram," Song Yishi mencebik dan mula mengadu.

"Kenapa ni? Siapa yang buat anak kecil Ibu marah?" Song Yishi anak tunggal Puan Song, maka dia menyayangi anaknya sepenuh hati. Datuk Bandar Song juga sangat berbangga dengan anaknya dan menatang anaknya seperti minyak yang penuh.

"Ibu… kalau saya cakap saya nak bersama Qin Chu, Ibu akan sokong saya?"

Untuk pertama kalinya, Song Yishi meluahkan perasaannya terhadap Qin Chu kepada ibunya; dia tidak mahu menunggu lebih lama dan telah bersedia untuk bertindak.

"Ibu tahu kamu masih sukakan Qin Chu… tapi dia dah berkahwin." Puan Song pernah merasakan Qin Chu sangat sesuai dengan anaknya, namun, pemuda itu sudah berkahwin.

"Ibu, sekarang dah abad ke-21. Orang yang kahwin boleh bercerai. Siapa yang cakap mereka akan bertahan selama-lamanya…" bidas Song Yishi.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant