"Tak mungkin salah, ia darah jenis B. Kami masih ada darah untuk kumpulan darah yang lain. Kami hanya kekurangan darah jenis B kerana permintaan yang tinggi sejak kebelakangan ini."
Huo Mian merasakan fikirannya kosong. Dia menarik kembali tangannya tanpa mengetahui apa yang mengetahui apa yang harus difikirkan. Dia tidak pernah mengambil tahu kumpulan darah emaknya dan menganggap emaknya mempunyai darah jenis A atau AB. Huo Mian yakin dia mempunyai darah AB kerana dia telah melakukan beberapa ujian sebelum ini. Kali terakhir dia ke hospital untuk melawat Huo Zhenghai, dia memeriksa profil pesakit dan sangat pasti yang Huo Zhenghai mempunyai darah jenis B. Hal ini bermaksud ibunya mempunyai jenis darah A atau AB.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com