Huo Mian tersenyum, terlalu malas untuk menjelaskan…
"Sebagai salah seorang daripada Keluarga Huo, saya tak percaya kamu boleh jadi begitu bodoh. Betapa malangnya mereka… saya akan lepaskan kamu kali ni tapi kalau cuba cederakan isteri saya lagi, saya akan pastikan saya siat daging kamu, sikit demi sikit… dan waktu tu kamu hanya berharap yang kamu mati."
Qin Chu jarang mengugut orang, apatah lagi wanita…
Namun, si bodoh Huo Yanyan telah melampaui batas…
Ketakutan, Huo Yanyan memandang Qin Chu, tiba-tiba merendah merendah diri.
Ketika itu, Huo Siyi berlari ke arah mereka dan menarik Huo Yanyan, takut kalau-kalau Huo Yanyan akan membuat onar lagi…
"Perjumpaan ni bosan, kan?" Qin Chu bertanya kepada Huo Mian.
"Sikit." Huo Mian mengerutkan bibir dan tersenyum.
"Saya nak ucapkan selamat tinggal pada Pak Cik Song dan lepas tu kita boleh pergi."
"Okey."
Huo Mian mengangguk…
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com