webnovel

Bau harum tangan Huo Mian menyebabkan Su Yu berasa ingin menggenggam dan mencium tangannya. Namun, mengetahui personaliti Huo Mian yang garang, wanita itu mungkin akan memotong tangannya. Oleh sebab itu, setelah bergelut seketika, Su Yu membuat keputusan untuk melupakan hasratnya.

"Demam kamu dah kebah. Kamu seorang lelaki yang agak sihat."

"Mestilah! Saya berkhidmat dalam pasukan perkhidmatan khas untuk beberapa tahun. Kamu pandang rendah pada saya, kan?"

Huo Mian tidak memberi respon. Selepas berkemas, dia berdiri untuk beredar.

"Hei, hei, kamu dah nak pergi?"

"Suhu kamu dah turun. Sekarang, kamu hanya perlu tidur."

"Tapi saya lapar," kata Su Yu sambil mengusap perutnya.

Huo Mian memandang Su Yu dengan renungan tidak berdaya. Kemudian, dia berjalan ke dapur di dalam bilik itu dan perasan hanya makanan laut yang tinggal.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant