webnovel

Menyapu Garam pada Lukanya (6)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Mak… Kalau Mak terima Huo Mian, kita semua boleh hidup dengan aman," kata Qin Chu perlahan…

Puan Qin mengamuk. "Kamu nak Mak terima anak kepada perempuan simpanan? Tak mungkin! Dia sampah masyarakat dengan dunia ni, dia tak berhak jadi sebahagian daripada keluarga kita! Citarasa kamu pada perempuan memang teruk!"

Puan Qin tidak mahu bertolak ansur walau sedikit…

"Kalau macam tu, saya tak ada apa-apa lagi nak dikatakan. Rehatlah."

Kemudian, Qin Chu berpaling untuk pergi…

Dia sudah muak untuk bercakap dengan emaknya yang begitu degil…

"Berhenti! Mak tak habis cakap lagi!"

Puan Qin menjerit dari dalam bilik… tetapi langkah kaki Qin Chu tidak pernah berhenti walau sekali.

Song Yishi pula berpaling untuk mengekori Qin Chu keluar…

"Qin Chu."

"Ada apa?" Qin Chu berpaling, bersikap tidak acuh seperti kebiasaannya.

Selain Huo Mian, begitulah cara dia melayan orang lain yang dikenalinya…

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant