webnovel

Mencabar Tuah (3)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Saya tak nak." 

Huo Mian memulangkan kembali barang kemas itu kepada Su Yu dan dia bergerak dengan pantas tanpa ragu-ragu.

"Kenapa?"

"Sebab ia terlalu mahal."

"Saya tak rasa ia mahal, simpanlah. Kamu dah jaga saya dengan baik di pusat pemulihan. Jadi, anggaplah barang kemas ini sebagai hadiah terima kasih saya pada kamu." Su Yu membuat alasan.

Huo Mian masih menggelengkan kepalanya. "Saya cuma pekerja di Bahagian Selatan dan saya hanya buat kerja saya. Walau bagaimanapun, terima kasih."

Kemudian, Huo Mian memeluk tangan Qin Chu. "Sayang, jom pergi makan."

"Okey." Qin Chu mengangguk, kemudian mereka berdua berlalu pergi menaiki Maybach.

Su Yu terkaku di situ dengan set barang kemas di tangannya, terlalu terganggu melihat mereka berdua pergi…

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant