webnovel

Kemarahan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Berani kamu tanya saya soalan itu? Jangan cakap yang kamu sendiri sudah jumpa dia." Yang Meirong mencerlung keberangan pada Huo Mian.

Huo Mian kehilangan kata-kata. Memang benar dia sudah berjumpa dengan Qin Chu walaupun ianya adalah tidak disengajakan.

Tetapi, emaknya tidak akan mendengar penjelasannya. Apa-apa sahaja yang dikatakannya sekarang akan membuatkan emaknya lebih marah.

"Emak, rehatlah. Saya akan datang dan lawat mak esok."

"Saya tidak perlukan simpati kamu. Kalau kamu ada setitis rasa malu, jangan datang jumpa saya lagi. Kamu hanya akan buat saya mati lebih cepat. Sama seperti apa yang kamu buat pada Pak Cik Jing kamu."

Kata-kata emaknya yang mengejek itu tepat menghiris hati Huo Mian.

Dia sudah menyalahkan dirinya sendiri atas kematian Pak Cik Jing tujuh tahun yang lalu. Sepanjang tujuh tahun ini, tiada orang yang bersedih lebih daripadanya.

Memikirkan perkara ini, Huo Mian mendiamkan diri. Dia berpusing, menolak pintu tersebut dan berjalan pergi.

"Kakak, saya hantarkan kakak keluar."

Jing Zhixin mengikutnya keluar. Dia tahu kakaknya pasti berasa kecewa.

"Kak, mak hanya naik angin. Jangan fikirkan apa yang dia cakap. Dia sudah berperangai begitu sejak beberapa tahun. Lagipun, melalui apa yang saya baca, perempuan seusia dengannya boleh mendapat menopaus. Mesti itu yang berlaku pada mak."

"Oh, kamu si nakal. Buku jenis apa yang kamu baca ini?" Huo Mian memandang adiknya. Perasaannya bercampur antara marah dan terhibur.

"Kak, jangan bimbang dengan apa yang berlaku di sini. Saya akan jaga emak. Pergilah buat apa yang kakak perlu buat."

Huo Mian mengangguk. "Saya akan ambil cuti esok dan datang jaga dia. Kamu patut balik ke sekolah esok. Oh, ini duit untuk belanja kamu bulan hadapan. Ambillah."

Huo Mian menarik keluar duit tunai seribu yuan daripada dompetnya dan memnyerahkannya kepada Jing Zhixin.

"Kak, saya tak perlukannya. Saya masih ada duit yang berbaki daripada bulan lepas. Lagipun, saya kerja separuh masa di sekolah. Jadi kakak tak perlu bagi saya duit lagi. Kakak kan akan berkahwin. Ada banyak benda yang kakak dan Zhiyuan perlu beli nanti."

"Ambil lah. Walaupun saya akan berkahwin, saya masih boleh simpan sedikit untuk kamu. Zhixin, saya tahu kamu prihatin terhadap saya jadi kamu bergitu berhati-hati menggunakan duit. Tapi, kamu tidak boleh terlampau berkira. Kamu sedang membesar dan perlu makan secukupnya." Sambil bercakap, Huo Mian menggosok kepala adiknya dengan penuh kasih sayang.

"Saya tahu kakak. Kakak pun…"

Huo Mian meninggalkan hospital dengan hati yang berat.

Dia tidak menyangkakan yang Qin Chu akan mencari emak dan adiknya dengan begitu cepat sekali. Apa yang cuba dilakukannya?

Mungkin mereka memang perlu bercakap…

Dia menarik keluar telefon bimbitnya dan melihat sejarah panggilan. Nombor yang tidak dikenali yang berakhir dengan 8866 pastinya milik Qin Chu.

Selepas teragak-agak buat seketika, dia membuat panggilan.

Sebaik sahaja panggilan tersebut disambungkan, Huo Mian mula menyoal dengan marah. "Hei Qin Chu, apa sebenarnya yang kamu mahukan daripada saya?"

"Maafkan saya. Presiden Qin di dalam mesyuarat. Boleh saya tahu siapa yang menelefon?" Suara lelaki yang tidak dikenali kedengaran di hujung talian.

Huo Mian tidak bercakap kerana terkejut.

"Saya Yang, pembantu Presiden Qin. Boleh saya ambil pesanan untuk dia?"

"Tidak, terima kasih." Huo Mian membalas dengan dingin dan mengakhiri panggilan.

Ibu Pejabat GK, di dalam bilik mesyuarat eksekutif –

Qin Chu memakai kemeja hitam formal yang dibuat khas di Itali dengan pergelangan tangan yang dihiasi berlian mewah. Paras rupanya membawa misteri.

Tiada senyuman atau kehangatan pada wajah kacaknya. Pandangannya sedingin tombak ais.

Dia mengambil alih GK sebagai CEO sehari selepas pulang ke negara tersebut. Bapanya, pengerusi perniagaan tersebut sudah separa bersara dan dengan gembira menyerahkan perniagaan keluarga kepada anaknya.

"Presiden Qin, projek Rumah Manor Padang Hijau ini sudah disahkan oleh pengerusi. Hanya tandatangan kamu yang diperlukan. Kalau kamu boleh melihat dokumen ini…apabila kamu ada masa, bolehkah kamu menandatanganinya supaya kita boleh memulakan pembinaan?" pengarah Bahagian Pembangunan Tanah bertanya dengan berhati-hati.

Chapitre suivant