Selepas detik intim yang mereka kongsi bersama, Huo Mian yang masih malu menyorok di bawah selimut dan enggan keluar…
Qin Chu pula bersandar di kepala katil dengan tangan memeluk Huo Mian. Dia menikmati malam indah itu dengan mengingati kembali kisah cinta yang baru sahaja mereka cipta sebentar tadi.
"Sayang, tiba-tiba saya teringat sesuatu."
"Apa dia?" Qin Chu membelai lembut rambut hitam Huo Mian.
"Rumah lama saya dah diruntuhkan secara paksa dan mereka hanya bayar 1,500 yuan satu meter persegi kepada kami. Samseng yang diupah syarikat hartanah dah mcat dinding dengan cat merah."
"Saya tak dengar lagi apa-apa polisi baru. Kenapa ada orang yang nak bangunkan kawasan itu? Syarikat mana tu? 1,500 yuan memang tak munasabah. Tanah di situ bernilai sekurang-kurangnya 3,000 yuan untuk satu meter persegi." Qin Chu tidak terkejut. Dia menganalisa situasi tersebut dengan tenang.
"Syarikat Huo."
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com