"Mungkin… kita akan jumpa lagi lepas ni." Sambil tersenyum, Huo Mian berpaling dan berlalu pergi.
"Huo Lingling, ni untuk kamu." Seorang budak lelaki menyerahkan keratan kertas sebelum pulang.
"Huo Lingling, apa Wechat kamu? Saya nak tambah kamu," seorang budak lelaki yang kelihatan mesra bertanya malu-malu.
"Saya… saya tak ada Wechat, saya tak gunakannya," tipu Huo Mian dengan rasa bersalah.
"Huo Lingling, apa nombor telefon bimbit kamu?" Seorang lagi budak lelaki berjalan mendekatinya, menjelirkan lidah dan bertanya, bergurau senda.
"Saya…"
Huo Mian sedang berfikir cara untuk menjawab kerana tidak mempunyai WeChat merupakan alasan yang munasabah. Namun, semua orang akan tahu dia menipu sekiranya dia mengatakan yang dia tidak mempunyai nombor telefon.
Pada ketika itu, penyelamatnya sampai…
"Huo… Lingling." Zhu Lingling melambai tangan kepada Huo Mian dari jauh dan hampir mendedahkan namanya yang sebenar.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com