"Saya berani tanya Puan Qin, kamu akan buat perkara yang sama? Kalau Qin Chu tak selamat hari ni, kamu sanggup mati dengan dia?"
Puan Qin menggigit bibir dan tidak mahu membuka mulut; jelas sekali dia tidak berasa yakin…
Jiang Xiaowei memandang Song Yishi dan bertanya, "Kamu sanggup? Ya? Kalau Qin Chu mati hari ni, kamu sanggup disemadikan dengan dia?"
Song Yishi berundur beberapa langkah dengan rasa takut dan menyorok di belakang Puan Song.
"Pengerusi Qin, kamu sanggup? Kamu sanggup buat begitu untuk anak kamu dan mati dengan dia?" Jiang Xiaowei kemudiannya menyoal Qin Yumin.
Qin Yumin menggelengkan kepala…
Dia tidak sanggup. Dia bukanlah tidak menyayangi anaknya, namun, dia masih mempunyai GK dan perlu menjaga isterinya.
Kesimpulannya, banyak perkara yang perlu difikirkan olehnya…
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com