"Sebab saya tak nak menentang suami saya esok untuk pusingan terakhir," kata Huo Mian perlahan.
"Jadi… sebab itulah." Su Yu berada sedih.
Dia menyangka Huo Mian sengaja menyerah kalah kerana mahu Su Yu menjadi pemenang…
Namun, sekarang dia telah memberitahu dia berbuat begitu hanya kerana tidak mahu menentang Qin Chu.
Kadang kala, kita boleh mengejar kebenaran dengan bersungguh-sungguh, hanya untuk mengetahui betapa kejamnya kebenaran itu…
"Baiklah, saya faham sekarang. Terima kasih sebab berterus terang." Su Yu tersenyum tawar dan berpaling dengan rasa sedih…
Sebenarnya, Huo Mian juga berasa serba salah. Dia tidak mahu menyeksa Su Yu, tetapi dia memang tidak mahu menentang Qin Chu di pusingan akhir dan memenangi hadiah tersebut, kerana Qin Chu begitu menyayanginya dan akan menyerah kalah dengan sengaja.
Ia bukan tentang siapa yang akan menang 180 juta, dia atau Qin Chu. Tetapi, Qin Chu mewakili seluruh Syarikat GK.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com