webnovel

Saya Suami Kamu, Bukan Anak Kamu (4)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Kamu nak dengar jawapan yang jujur?" Huo Mian bertanya dengan nada yang perlahan.

"Dah tentu…"

"Baiklah, kalau macam tu, saya akan beritahu perkara sebenar. Saya tak anggap kamu musuh tapi saya bukan kawan kamu juga. Kalau kamu buat apa-apa untuk cederakan saya atau keluarga saya, kamu akan jadi musuh saya. Sikap saya terhadap kamu bergantung kepada sikap kamu kepada orang yang saya sayang."

"Tsk, tsk… kamu tak perlu bagi jawapan yang terlalu rumit… otak kamu menakutkan," kata Huo Siqian dengan senyuman di wajahnya…

Huo Mian tidak dapat membaca sama ada dia gembira dengan jawapannya atau tidak.

Namun, apa yang Huo Mian tidak tahu ialah sebaik sahaja Huo Siqian melihat Huo Mian berdiri dalam keadaan sihat di hadapannya, semua awan yang mengelilinginya hilang begitu sahaja… dia terasa seperti matahari bersinar dengan lebih terik dan hidupnya kini lebih berharga. Dia tidak memperbesar-besarkan keadaan, tetapi itulah apa yang dirasakan olehnya…

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

Chapitre suivant