Suara tertahan-tahan dan jeritan bertingkah-tingkah tercetus dalam kalangan orang ramai. Huo Mian merasakan sesuatu memukul kepalanya dan meninggalkan dia dalam kesakitan.
Pihak keselamatan hospital bergegas keluar dan mula bergomol dengan keluarga pesakit.
Emosi keluarga pesakit nampaknya terganggu dan mereka hanya mahu memukul Huo Mian.
Rusuhan yang tercetus tiba-tiba itu membuatkan situasi tersebut hilang kawalan. Sebagai seorang ahli perubatan profesional, Huo Mian tahu bagaimana mahu melindungi dirinya.
Dia menggulingkan tubuhnya ke tepi dan berjaya mengelak kawasan utama konflik.
Situasi kecoh itu berlarutan selama tiga minit sehingga bunyi siren polis tiba.
Orang ramai mula bersurai. Wartawan melarikan diri dan para penonton beredar.
Tiga buah kereta polis berhenti di depan pagar hadapan Hospital Pertama. Sebaik sahaja mereka menerima panggilan kecemasan, Gao Ran tiba dengan bantuan.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com