"Kerja yang bagus. Kamu berjaya upah Dennie Wu. Saya beri 99/100 kerana menunjuk-nunjuk. 1 mata yang ditolak supaya kamu tak terlalu bangga diri," usik Gao Ran melalui WeChat.
"...''
"Macam mana keadaan di sana?" tanya Qin Chu selepas beberapa saat.
"Semuanya berjalan lancar tapi bukankah kamu dah tahu keputusannya?" Gao Ran menyangkakan soalan Qin Chu hanya sekadar untuk memulakan perbualan.
"Maksud saya, macam mana keadaan Mian di sana?" Tanya Qin Chu sekali lagi.
"Oh, isteri kamu? Dia takut sangat dan hampir patah semangat. Peguam pihak lawan menyoal siasat sehingga dia menangis. Saya kasihankan dia."
"Saya beri kamu peluang terakhir untuk beritahu saya perkara sebenar." Qin Chu tahu perkara itu tidak mungkin berlaku dan kata-kata Gao Ran cuma satu penipuan.
"Haha, baiklah. Isteri kamu dah lakukan kerja yang bagus. Dia langsung tak kenal Dennis Wu dan memanggilnya 'Pak Cik'."
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com