webnovel

Perceraian Ke-99

Penulis: Wan Lili
perkotaan
Sedang berlangsung · 2.9M Dilihat
  • 916 Bab
    Konten
  • 4.7
    602 peringkat
  • NO.8
    DUKUNG
Ringkasan

Pada kehidupannya yang lepas, mereka telah berkahwin selama lima tahun. Lelaki itu adalah segala-galanya bagi Su Qianci, tetapi dia telah dibuang bagaikan sampah. Setelah dilahirkan semula, dia terlebih dahulu bertindak dengan memberikan kontrak cerai kepada suaminya — "Perceraian selepas setahun, syarat-syarat adalah seperti berikut: suami dan isteri tidak boleh berkongsi bilik atau katil. Hubungan mesra dilarang?" Lelaki itu menaikkan keningnya. Siapa tahu, satu hari setelah Su Qianci mabuk, lelaki itu bersandar di kepala katil sambil merenung wajahnya. "Kau dah langgar kontrak, Puan Li."

Chapter 1Siapakah Pembunuhnya?

Su Qianci merenung ke dalam mata suaminya dan tidak berkata apa-apa.

"Mainan nafsuku yang sah." Sambil memegang dagunya, Li Sicheng mencium perempuan itu. Mata Su Qianci terbuntang luas dan dia mulai bergelut.

Mainan nafsu yang sah?

Bergelut lebih kuat dengan segala kudratnya, Su Qianci cuba mengalihkan kepalanya dan menjerit, "Li Sicheng, kita sudah bercerai. Ini adalah rogol!"

Li Sicheng berhenti dan berasa bingung, matanya gelap dan keningnya kelihatan berkerut.

Bercerai?

Mereka baru sahaja berkahwin selama tiga hari, tapi wanita ini sudah fikir tentang bercerai? Apa lagi muslihatnya?

"Lepaskan aku!" Tidak mempedulikan langsung reaksi Li Sicheng, Su Qianci cuba bergelut dengan seluruh daya upaya. "Kau kotor! Jangan sentuh aku…"

Mulut dan tubuhnya sudah banyak kali bersama dengan Tang Mengying. Sungguh kotor… Lelaki yang sudah bersama dengan perempuan itu.

Di luar bilik, seseorang mengetuk pintu dengan bunyi yang sayup-sayup kedengaran. "Abang Sicheng, kamu sudah bangun?"

Itu adalah dia, Tang Mengying!

Li Sicheng sudah menenangkan dirinya dan melihat ke arah pintu. Su Qianci mengambil kesempatan itu untuk menolaknya ke tepi. Ketika Li Sicheng sedang leka, dia telah ditolak ke bahagian tepi katil. Su Qianci menarik selimut dan menggulung dirinya di bawah katil.

"Disebabkan kamu tidak bersuara, jadi saya akan masuk ke dalam?" Suara Tang Menying manis mendayu dan comel, seperti anak dara pujaan ramai. Namun, hanya Su Qianci seorang yang tahu betapa licik perangainya yang sebenar.

Pintu itu ditolak terbuka. Apabila Tang Mengying cuba melihat ke dalam, satu bantal merah dibaling ke arahnya, dan Li Sicheng bersuara dingin, "Pergi dari sini!"

Bantal yang terkena tepat pada mukanya menyebabkan Tang Mengyin tidak nampak apa-apa sebelum ditolak keluar. Pintu itu ditutup dan dikunci serta-merta.

Li Sicheng berpaling ke belakang, melihat Su Qianci yang sedang bersembunyi di bawah selimut seperti mumia dan dia berasa geli hati.

Apa lagi yang perempuan ini cuba lakukan?

Wajah Su Qianci berlinangan air mata. Sambil tertunduk, wajahnya bertukar merah padam. Su Qianci berpaling ke belakang dan menutup wajahnya. Alangkah terkejutnya, dia mendapati kulit wajahnya amat licin sekali!

Bimbang kemungkinan dia tersilap, Su Quanci terus menyentuh wajahnya. Ia memang licin dan tanpa cela. Tiada bekas parut disebabkan api kebakaran! Tambahan pula, Su Qianci mendapati bilik itu dihiasi serba merah.

Terdapat hiasan perkahwinan berwarna merah pada katil, pintu, malahan juga bantal yang dibaling oleh Li Sicheng kepada Tang Menying. Semuanya berwarna merah, selimut dan kain...

Su Qianci melihat ke arah cadar. Ada kesan darah kering tertinggal atasnya.

Mana mungkin?

Rumah lama, hiasan perkahwinan dan kesan darah tersebut…

Degupan jantungnya semakin kencang. Su Qianci berfikir tentang sesuatu yang mustahil dan helaan nafasnya semakin laju. Dia memandang ke arah Li Sicheng dan bertanya, "Ini tahun apa? Dan apa tarikh hari ini?"

Li Sicheng hanya melihat dia seperti seorang yang lembab. "Kita baru sahaja berkahwin selama tiga hari, dan kau ini pelakon yang hebat. Su Qianci, aku telah pandang rendah pada kau." Dia tidak lagi menumpukan perhatian terhadap perempuan itu. Menahan hasrat hatinya, dia terus berjalan ke bilik air.

Degupan jantung Su Qianci masih kencang. Dia berjalan ke hadapan sebuah cermin besar. Wanita di dalam cermin itu cantik rupa parasnya. Kulit wajahnya licin dan tiada langsung kesan parut. Tiada!

Anda Mungkin Juga Menyukai

Love You The Way You Smile

"Pardon, ken ik u?" - Harris Rynold "I just love you the way you smile." - Airish Humaira Mengisahkan tentang seorang gadis muda polos yang bernama Nur Airish Humaira mahu mencari apa erti kehidupan padanya. Airish ingin mengharungi liku-liku kehidupan demi mencari cinta sejatinya. Namun dia memiliki personaliti Introvert, iaitu seorang yang pendiam menyebabkan dia sulit mencari kawan apatah lagi teman istimewa. Tetapi, adakah benar lelaki sejati wujud? Adakah benar-benar ada lelaki yang akan mencintainya seadanya? Tengku Harris Rynold, seorang jejaka tampan kacukan Belanda, pulang ke Malaysia selepas sekian lama berada di Amsterdam. Harris bertemu dengan Airish secara tidak sengaja di lapangan terbang dan terjadi suatu insiden yang memalukan di antara mereka. Airish terus berusaha melarikan diri daripadanya. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Takdir mempertemukan mereka lagi dalam keadaan tidak diduga, namun entah mengapa semakin Airish mengelak, semakin Harris mendekat. "You have to marry me, but this is the contracted marriage only." - Harris Rynold Disebalik sikap dingin Harris, terselit sifat prihatin yang mendalam terhadap Airish namun dia tidak menyedarinya. "Sebab aku dah jatuh cinta dekat kau, baka!" - Airish Humaira "Airish, verlaat mij niet..." - Harris Rynold Namun, adakah kebahagiaan menjadi milik mereka? Pelbagai cabaran dan halangan terus menanti mereka. Mengapa Airish berasa seolah dia seperti seorang 'Cinderella' yang dicari oleh sang putera untuk memulangkan kembali kasutnya? Apakah Airish berjaya menemui cinta sejatinya? Temui jawapan kamu dalam bacalah novel ini :)

Shining_Sky · perkotaan
Peringkat tidak cukup
5 Chs
Indeks
Jilid 1
Jilid 2
Jilid 3