webnovel

Seperti Mahu Menerkamnya

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci keluar dari bilik air setelah menenangkan dirinya. Dia hanya memandang sekilas Li Sicheng yang sedang merokok di atas sofa. Dia berjalan ke arah katil lalu duduk sambil mengeringkan rambut.

 "Atuk minta Liu Sao buatkan kamu pencuci mulut. Minumlah sementara masih panas." Li Sicheng bangun dan masuk ke bilik air setelah mengatakannya.

Su Qianci melihat mangkuk yang berada di atas meja. Ia adalah sup sarang burung bersama gula batu dan kurma. Dia menyentuh mangkuk itu dan merasakan suhunya sesuai untuk diminum. Su Qianci terus menghirup sup itu sehingga habis sebelum meletakkan mangkuknya kembali ke atas meja. Sup itu dirasakan agak sedap. Kemudian dia menggunakan pengering rambut yang membuatkan tubuhnya turut berasa panas. Su Qianci menyarung selipar dan membawa mangkuk itu ke dapur. Setelah menghabiskan segelas susu sejuk, dia naik kembali ke biliknya.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, dia berasa semakin panas dan tidak selesa. Su Qianci membuka tingkap dan berasa segar dengan angin sejuk yang menderu masuk. Setelah berdiri di tingkap itu seketika, dia berasa sedikit pening lalu bersandar pada dinding. Bunyi pancuran air telah berhenti dan pintu bilik air dibuka. Tanpa berpaling ke belakang, Su Qianci dapat membayangkan tubuh Li Sicheng yang tidak berpakaian. Kulit bertan yang seksi, tubuh yang mempunyai ton warna seimbang dan sesuatu di sebalik tuala putihnya yang keras dan… Oh tidak… Apa yang sedang difikirkannya ini?

Su Qianci menutup mukanya dan merasakan pipinya seolah hampir terbakar. Sungguh panas… Dia memegang gaun tidurnya dan berbisik kepada dirinya sendiri, "Kain baju ini tebal sangat…"

Li Sicheng mendengar kata-kata itu. Dia menjeling Su Qianci sekilas dan terus mengeringkan rambutnya dengan tuala. Angin semakin kuat dan meniup langsir naik ke atas. Li Sicheng berasa sejuk lalu memakai kembali tualanya dan berkata dengan suara yang dalam, "Tutup tingkap itu."

Walau bagaimanapun, Su Qianci berdiri kaku seolah-olah tidak mendengar apa-apa. Dahi Li Sicheng berkerut. Dia berjalan melintasi Su Qianci tanpa langsung memandangnya dan menutup tingkap.

Apabila melihat tubuh Li Sicheng yang hanya dibalut sehelai tuala di bawah pinggangnya, Su Qianci merasakan mulutnya menjadi kering. Dia berundur lalu merebahkan dirinya ke atas katil sebelum menutup seluruh tubuhnya dengan selimut.

Kenapa, kenapa…

Sebaik melihat Li Sicheng, dia terus berasa seperti mahu menerkam lelaki itu.

Apa yang sedang berlaku??!

Su Qianci tidak tahu bagaimana dia boleh berasa begitu ghairah. Di bawah selimut itu, dia merasakan gelombang haba yang lebih kuat. Kulitnya seolah terbakar. Tetapi walaupun berasa panas, dia langsung tidak berpeluh. Seolah-olah dia sedang mengalami demam panas.

 "Hmmm…" Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada merintih. Dia bergerak-gerak sebelum mengangkat selimut itu dan berasa segar sebaik menghirup udara. Sungguh panas! Dia mengeluarkan kakinya dari selimut itu secara diam-diam dan menarik sedikit gaun tidurnya ke atas. Angin sejuk yang bertiup ke kakinya membuatkan dia berasa sedikit lega.

Walau bagaimanapun, dia ternampak Li Sicheng sedang memandangnya dengan curiga. Su Qianci menyelubungkan mukanya kembali ke dalam selimut bagi mengelakkan Li Sicheng melihat keadaannya. Li Sicheng melihat kelakuan Su Qianci dan tidak mengendahkannya. Dia menanggalkan tuala yang dipakai pada pinggangnya lalu memakai baju tidur sutera.

Sebaik melihat tubuh Li Sicheng, Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada merapatkan kakinya dan membayangkan suaminya itu mencucuk ke bahagian sulitnya…"Aduh!" Su Qianci menjerit sebaik sahaja dia terjatuh ke atas lantai.

Bab berikutnya