webnovel

Lelaki Ini Agak Hebat!

Editor: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng merasa suhu air itu dengan tangannya lalu meletakkan Li Mosen ke dalam tab mandi tersebut. Li Mosen menjerit gembira, "Selesanya! Dasu, marilah masuk!"

Li Jianqian baru selesai menanggalkan seluarnya. Ketika dia mahu masuk ke dalam tab itu, tiba-tiba dia diangkat oleh sepasang tangan yang besar. Li Jianqian berasa mahu dan wajahnya bertukar kemerahan. Dia diletakkan di dalam tab itu. Li Sicheng menanggalkan kesemua pakaian dan turut masuk ke dalam.

Li Mosen tersenyum gembira. Mata birunya kelihatan bersinar di sebalik wap panas dari air itu. Li Jianqian duduk di dalam tab itu dengan perasaan yang aneh tetapi menakjubkan. Dia sedang mandi bersama orang dewasa…Lebih tepat lagi, dia sedang mandi bersama ayahnya! 

Li Jianqian mendengar Li Mosen berkata, "Banyaknya rambut di kaki Pak Cik! Wah, di sini ada juga, sini, sini dan sini!" Li Mosen bersikap seperti pertama kali melihat sesuatu yang baru.

Li Jianqian tidak dapat menahan dirinya daripada memandang arah yang ditunjukkan oleh Li Mosen. Akhirnya dia melihat 'kemegahan' seorang lelaki dewasa. Li Jianqian merapatkan kakinya. Jijik! Dengan wajah yang kemerahan, dia memeluk lututnya dan membiarkan air berada di paras dagunya.

"Kamu dah besar tapi belum pandai mandi sendiri?"Li Sicheng memandang kedua-dua budak lelaki itu dan mengambil satu botol di sebelahnya.

Mandian buih… Apa??

Li Sicheng mencurahkan mandian buih ke dalam air kemudian mengambil sabun dan memanggil anaknya. "Mari sini."

Li Jianqian mendengus sebelum berpaling ke arah lain tanpa tidak menghiraukan ayahnya.

Li Sicheng tergelak kecil. Perangai siapa yang budak ini warisi? Sungguh janggal. Melihat Li Jianqian tidak mempedulikan panggilannya, Li Sicheng memanggil Li Mosen. Li Mosen datang dan duduk di hadapan Li Sicheng.

Ini ialah kali pertama Li Sicheng memandikan seorang kanak-kanak. Dia melumur sabun pada tubuh Li Mosen kemudian menyedari dia perlu membasuh rambutnya dahulu. Li Sicheng mengambil kepala paip lalu membasuh rambut Li Mosen, kemudian melumur kembali sabun mandian.

Bagi Li Mosen juga, inilah kali pertama dia dimandikan oleh seorang lelaki dewasa, terutama seseorang yang boleh dianggap bapa. Dia berasa teruja dan gembira. Li Mosen memandang Li Jianqian yang sedang merajuk di sudut tab itu dan tidak faham apa yang budak lelaki itu mahukan. 

Li Sicheng memandikan Li Mosen dengan penuh sabar. Sebaik selesai, dia mengangkat Li Mosen dan meletakkannya ke tepi lalu memanggil Li Jianqian. "Mari sini."

Li Jianqian tidak mahu pergi kepada ayahnya. Dia kekal di tempatnya dengan lebih separuh badan di dalam air. Li Sicheng berputus asa untuk bersikap baik lalu menarik anaknya itu dan memandikannya dengan cara sama seperti Li Mosen. Tetapi kali ini pergerakannya lebih cekap dan lembut. Oleh kerana ini merupakan pengalaman pertama baginya memandikan kanak-kanak, Li Sicheng berasa kagum sendiri dengan kesabarannya.

Selepas menukar air beberapa kali dan mengeringkan dua budak lelaki itu, Li Sicheng baru tersedar dia tidak membawa pakaian untuk disalin. Dia mengambil tuala lalu memakainya pada paras pinggang, kemudian mendukung kedua-dua kanak-kanak itu serentak.

Mata Li Mosen bersinar-sinar manakala Li Jianqian kelihatan agak terpinga-pinga. Lelaki ini sungguh kuat, sehingga boleh mendukungnya dan Mosen sekaligus! Li Jianqian terkebil-kebil dan memandang wajah Li Sicheng yang amat mirip wajahnya. Nampaknya… lelaki ini agak hebat!

Bab berikutnya