webnovel

Biarkan Saya Tidur dengan Tenang

Editor: EndlessFantasy Translation

Rong Rui membiarkan sahaja Cheng You menolaknya dan berpura-pura baru terjaga. Dia membuka matanya dan berkata dengan nada jengkel, "Apa kamu buat tengah-tengah malam ni? Boleh tak biarkan saya tidur dengan tenang?"

Cheng You tersedak sebelum menendang Rong Rui dengan marah dan menjerit, "Tak guna!"

Rong Rui berpura-pura tidak tahu apa-apa dan berkata, "Apa saya buat? Saya terjaga disebabkan kamu semasa saya sedang tidur nyenyak. Kenapa kamu tending saya pula? Saya tak bersalah!"

"Tut! Saya tahu kamu lakukannya dengan sengaja. Kamu tahu apa kamu buat!"

"Apa yang saya buat?"

"Kamu peluk saya!"

"La… macamlah saya tak pernah peluk kamu sebelum ni. Lepas tu?"

"Lepas tu…" Cheng You terhenti dan bertanya, "Macam mana kamu tahu ada lagi lepas tu? Kamu memang sengaja lakukannya, kan?"

"Bukannya kamu tak pernah dipeluk sebelum ni. Kalau tak kamu tak akan beremosi begini."

Cheng You terkedu seketika. Dia tak akan beremosi… Adakah itu satu pujian? "Lepas tu kamu…"

Benamkan kepala ke buah dada saya!

Tetapi Cheng You tidak tahu bagaimana untuk mengatakannya. Akhirnya dia menarik selimut dan tidur membelakangi Rong Rui. Dia memutuskan untuk tidak menghiraukan lelaki itu.

Rong Rui senyum secara diam-diam, tetapi berpura-pura jengkel. "Mengarut!"

Selepas lebih kurang 10 minit, Cheng You akhirnya tertidur. Rong Rui mendekatinya dan menyentuh pinggang wanita itu. Cheng You mengerang kecil dan berpusing tanpa terjaga. Rong Rui melihat Cheng You memusingkan tubuh ke arahnya lalu menarik wanita itu perlahan ke dalam pelukannya. Dia sangat teringin untuk 'berjalan dalam tidur' sekarang! Tetapi… Rong Rui memutuskan untuk menahan keinginannya.

Sabar dulu.

Cheng You tidak menyedari dia berada dalam pelukan Rong Rui dan terus tidur sehingga subuh. Apabila dia terjaga, dia terus melihat baju tidur kuning cair di hadapannya sebaik membuka mata. Mata Cheng You terbeliak dan dia menolak Rong Rui dengan kasar. Dia terus duduk dan menolak selimut untuk memeriksa tubuhnya.

Tak ada apa-apa berlaku…

Rong Rui ketawa kecil tetapi cepat-cepat menyembunyikannya. Dia bangun dan melemparkan satu beg kertas dari atas kerusi kepada Cheng You. Cheng You terkejut. Dia melihat ke dalam beg kertas itu dan mendapati ia berisi pakaian. Semua yang diperlukannya ada di situ. Dia memandang sekilas bra di dalam beg itu dan mendapati saiznya adalah tepat.

"Ni datang dari mana?" Malah saiz pakaian-pakaian itu agak tepat!

"Saya minta seseorang dapatkan. Saiznya sepatutnya padan. Cubalah," kata Rong Rui sambil menguap. Melihat riak wajah Cheng You yang terkejut, dia menjelaskan, "Mereka tanya saya apa saiz bra kamu, tapi saya tak tahu tentang bra. Jadi saya gambarkan dengan tangan sebesar ini." Rong Rui membuat gerak tangan yang menggambarkan dua payudara.

Pipi Cheng You berubah kemerahan. Dia menarik satu bantal dan melemparkannya kepada Rong Rui sambil menjerit, "Berambus!"

——————————

Su Qianci tidur nyenyak sehingga keesokan pagi. Apabila terjaga, dia berasa agak pening. Dia berlari ke bilik air dan cuba muntah, tetapi tiada apa-apa yang keluar.

Li Sicheng mengikutinya dan menepuk belakangnya. "Rasa tak sedap badan?"

Su Qianci mengisyaratkan tidak dengan tangannya dan menolak Li Sicheng keluar. Selepas pasangan itu selesai mandi, mereka bersiap untuk turun bersarapan. Sebaik sahaja keluar dari bilik hotelnya, Su Qianci terus ternampak Cheng You dan Rong Rui sedang berjalan ke arahnya.

Sebaik melihat Su Qianci, Cheng You segera berpaling ke belakang dan menutup mukanya.

"Hai Cik Cheng!" Su Qianci menyapanya dan memandang mereka berdua dengan pandangan mengusik. "Jadi kamu berdua ada bersama malam tadi?"

Bab berikutnya