webnovel

Hadiah untuk Kau

Editor: EndlessFantasy Translation

Ou Ming mengetap gigi dan berjalan kembali ke hospital. Yu Lili tidak mendengar kata-kata itu kerana telah tertidur. Apabila dia terjaga, waktu sudah tengah malam.

Seperti biasa, mesin degupan jantung dan wayar-wayar berada di sekelilingnya. Dia membuka matanya di dalam kegelapan. Yu Lili berpaling sebaik menyedari sedikit cahaya dari tepinya. Ia datang dari sebuah laptop. Laptop itu merupakan keluaran terbaru sebuah jenama mewah terkenal dan amat mahal. Tidak syak lagi ia milik Ou Ming.

Tetapi, di tengah-tengah malam begini… adakah Ou Ming masih di sini?

Tiba-tiba lampu wad itu dibuka. Cahaya yang tiba-tiba itu membuatkan Yu Lili menutup mata dan menyengetkan kepalanya tanpa sedar. Selepas dapat membuka matanya kembali, dia mendengar bunyi beg kertas.

Dia berpaling dan melihat seorang pemuda yang kelihatan biasa, tetapi berpenampilan amat kemas. Tingginya di antara 175-178cm dan dia memakai pakaian formal. Lelaki itu mengeluarkan bekas makanan dari beg kertas yang dibawanya.

Bau makanan itu terus tersebar. Yu Lili berasa tidak selesa dengan bau itu.

Xu Cheng dapat merasakan renungan Yu Lili. Sambil membuka bekas makanan itu, dia berkata, "Disebabkan kamu dah sedar, bangunlah dan makan. Encik Ou ada sesuatu untuk diuruskan, jadi dia keluar. Dah beberapa hari dia jaga kamu dan tak dapat rehat yang cukup. Nanti kamu patut suruh dia pergi tidur, Cik Yu." 

Yu Lili sedikit terkedu mendengar kata-kata itu.

Namun belum sempat Yu Lili berkata apa-apa, kedengaran suara seorang yang baru masuk. "Nampaknya pembantu khas Xu saya terlalu banyak masa lapang." Ou Ming sedang berdiri di pintu sambil memandang ke dalam wad dengan matanya yang cantik. "Kebetulan sekarang jabatan perancangan kekurangan orang. Pembantu khas Xu boleh pergi ke sana untuk latihan."

Xu Cheng berasa agak malu. Selepas meletakkan makanan itu di atas meja, dia berkata, "Maafkan saya Encik Ou. Saya agak berlebihan."

Ou Ming memandang Xu Cheng dan berkata dengan nada yang tajam dan dingin, "Tak ada masalah untuk masuk campur, tapi kalau ada sesiapa silap faham, pasti janggal bukan?"

Xu Cheng berasa agak pelik mendengar kata-kata itu, tetapi apabila melihat renungan Ou Ming, dia cepat-cepat menjawab, "Ya… ya."

"Baliklah. Tinggalkan saja semua itu." Ou Ming berjalan masuk ke dalam wad itu dengan perlahan, kemudian memandang sekilas makanan yang dibawa Xu Cheng dan berkata, "Makanan yang kamu bawa terlalu ringan, bagaimana saya mahu makan?" 

Xu Cheng tidak berkata apa-apa.

Bos, kamu yang suruh saya beli hidangan yang ringan! Sekarang kamu mahu salahkan saya? 

Xu Cheng hampir meluahkannya, tetapi sebaik melihat riak wajah Ou Ming, dia tidak berani. Dia akhirnya berkata, "Baru-baru ini saya demam, saya terbiasa dengan makanan begini, jadi…"

"Lupakan. Pergi balik," kata Ou Ming sambil menjelingnya.

Xu Cheng mengangguk dan segera keluar dari wad itu.

Ou Ming memandang sekilas bekas makanan yang telah dibuka itu. Di dalamnya kelihatan bubur nasi yang biasa. Dia menggeleng kepalanya dan berkata, "Kau bernasib baik. Aku tak boleh makan makanan begini. Jadi ia hadiah untuk kau."

Yu Lili mendengus sinis melihat kelakuan Ou Ming, kemudian menarik selimut menutupi seluruh tubuh dan mukanya tanpa mengendahkan lelaki itu.

Lapar. Saya sangat lapar! Tubuh saya langsung tidak ada kekuatan. Tapi saya tak mahu makan makanan yang Ou Ming beri!

Yu Lili menutup mata. Tubuhnya mengerekot di bawah selimut yang menutupinya dari kepala hingga kaki. Dia cuba untuk tidur. Matanya ditutup, namun perutnya terasa sakit kerana terlalu lapar.

"Kalau kau tak makan bubur ini, kau tak akan dapat makan makananp panas buat beberapa ketika." Ou Ming mengangkat selimut yang menutupi wajah Yu Lili dan menyambung dengan sinis, "Atau kau dah terbiasa makan sisa makanan orang lain?"

Bab berikutnya