webnovel

Bagaimana Hubungan Seks Kamu dan Pasangan?

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila keluar dari bilik air, Lu Yihan melihat mereka semua telah berkumpul. Dia menghampiri Luo Zhan dan bertanya, "Ada permainan?"

"Ya, kebenaran atau cabaran. Sekarang semua berpecah, jangan duduk terlalu rapat." 

Sofa yang diduduki mereka berbentuk bulat dan mempunyai satu meja kaca di tengah-tengahnya.

Luo Zha membahagikan kad di tangannya kepada dua bahagian, satu kebenaran dan satu cabaran. Dia mengocok kad-kad itu mengikut bahagian kemudian menyusunnya di atas meja. Di tengah-tengah meja itu terdapat satu botol kaca dan semua orang duduk mengelilingi meja itu.

Lu Yihan tidak kisah untuk bermain dan berkata, "Kalau macam tu, wanita mengandung dulu. Qianqian, kamu mulakan."

Sebagai seorang yang gemar bermain, Su Qianci tidak kisah dengan cadangan Lu Yihan. Dia memutarkan botol kaca di atas meja itu, tetapi nasibnya malang apabila botol kaca itu menunjuk ke arah dirinya sendiri. Su Qianci mengeluh. "Yihan, kamu sengaja kan?"

Li Sicheng berasa sedikit tidak senang dengan panggilan mesra yang digunakan Su Qianci dan menjeling isterinya dengan pandangan amaran. Su Qianci kebingungan kerana tidak tahu apa yang membuatkan suaminya itu memandangnya begitu.

Luo Zhan bertanya, "Kebenaran atau cabaran?"

"Saya… kebenaran. Cabaran terlalu menyeronokkan." Su Qianci mengambil sekeping kad dan wajahnya terus berubah merah padam. "Boleh tak saya tukar kepada cabaran…"

"Mana boleh!" kata Luo Zhan tanpa belas kasihan lalu mengambil kad di tangan Su Qianci. Kemudian dia terus ketawa dan membaca kad itu, "Bagaimana hubungan seks kamu dan pasangan? Berapa lama masa yang paling lama kamu lakukannya? Berapa kali untuk satu malam?"

Su Qianci hampir menangis. Dia menarik lengan baju Li Sicheng dan berkata, "Saya tak nak main."

Mana mungkin dia menceritakan semua perkara itu di hadapan orang lain?

Li Sicheng memandang Luo Zhan dan bertanya, "Mana kamu dapat benda pelik ni? Semua kad memang macam ni ke?"

Sebenarnya Luo Zhan telah membuat kajian bagaimana untuk memenangi hati wanita. Tetapi tidak mungkin dia akan mengakuinya. Dia berkata dengan selamba, "Nak terima denda? Jangan risau Su Qianci. Jawab saja, jangan takut dengan dia. Tak apa walau dia ada pancutan pramatang sekalipun. Beritahu saja!"

"Saya tak nak ceritakan…" kata Su Qianci dengan wajah merah padam sambil menggenggam tangan Li Sicheng seolah meminta bantuannya.

"Beritahu saja," Li Sicheng tersenyum dan menjeling sekilas ke arah Lu Yihan. "Tak ada apa nak dimalukan."

Lu Yihan mengelak pandangan Li Sicheng dan meneguk sedikit air. Urat birunya kelihatan timbul pada belakang tangannya.

Wajah Su Qianci kemerahan ketika dia menggumam perlahan, "Saya tak ingat berapa lama. Mungkin… setengah atau satu jam?

"Berapa kali satu malam?" Yu Lili bertanya dengan teruja.

"Lima… enam. Tujuh."

"Lima, enam atau tujuh?"

"Tujuh…"

"Lapan." Li Sicheng meneguk air dan berdehem.

Su Qianci menumbuk betis suaminya. "Tak adalah."

"Ya. Selepas mandi kamu datang lagi kepada saya."

Wajah Su Qianci bertambah merah. Dia terus menutup mukanya dan menjerit, "Janganlah cerita!"

Semua orang ketawa tetapi Lu Yihan kelihatan berbeza. Yu Lili melihat dengan jelas riak wajah lelaki itu. Kemudian dia menyuruh Su Qianci memutarkan botol kaca itu sekali lagi. Kali ini muncungnya berhenti di hadapan Lu Yihan.

"Cabaran," kata Lu Yihan tanpa teragak-agak. Dia mengambil sekeping kad, tetapi sebaik membaca arahan pada kad itu, matanya terus terbeliak. Dia melemparkan kad itu kepada Luo Zhan dan berkata, "Apa benda ni? Arahan macam ni pun ada!"

Bab berikutnya