webnovel

Maksud Kau Saya Tidak Mampu?

Editor: EndlessFantasy Translation

Maksud kamu saya tidak mampu?

Su Qianci senyum dan ingin mengatakan sesuatu apabila dia tiba-tiba ternampak satu pasangan yang berjalan masuk bersama.

"Apa yang sedang berlaku? Ada seseorang yang tidak mampu untuk membeli di sini telah membuat masalah?" Suara perempuan itu kedengaran kejam. Lelaki di sebelahnya tinggi dan tampan, dan perempuan itu anggun dan cantik.

Sebaik sahaja mereka masuk, ekspresi pembantu kedai tersebut berubah secara mendadak. Dia segera memaksa dirinya mengukir senyuman dan memanggil, "Cik Liu, kamu sudah datang."

Su Qianci juga melihat ke arah mereka dan berasa terkejut. Jika ingatannya betul, Liu Anan adalah anak kepada abang Puan Tang, dan sepupu kepada Tang Mengying. Liu Anan juga merupakan musuh ketat Su Qianci sejak zaman sekolah menengah lagi.

Walaupun Liu Anan berasal daripada keluarga yang susah, keluarganya menjadi kaya-raya selepas Puan Tang berkahwin dengan seseorang yang berharta. Mereka ialah orang kaya baru.

Walaubagaimanapun, lelaki yang berdiri di sebelah Liu Anan adalah kekasih pertama Su Qianci ketika dia masih muda. Namanya Fu Lengbing, dan dia lelaki yang sangat kacak. Malah dia juga daripada keluarga yang kaya-raya.

Sebaik melihat Fu Lengbing, Su Qianci merasa sedikit bingung. Telah dua kehidupan Su Quanci lalui, jadi dia tidak membayangkan akan bertemu kembali dengan buah hatinya sewaktu di sekolah dahulu itu. Walaubagaimanapun, Su Quanci tidak lagi mempunyai apa-apa perasaan kepada lelaki itu.

Dia masih ingat dalam kehidupannya yang lepas, Liu Anan kemudiannya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pertengahan usia, melahirkan seorang anak dan mendapat harta yang melimpah ruah. Su Qianci tidak pernah tahu bahawa dua orang ini pernah menjadi kekasih sebelum itu.

Mendengar kata-kata pembantu kedai tersebut, Liu Anan mengangguk dengan sombong dan kelihatan senang hati kerana dikenali. Kemudian dia menoleh ke arah Su Qianci dan kelihatan terkejut. "Bukankah ini Su Qianci si ratu kampus? Kamu membeli belah di sini juga?"

Pembantu kedai tersebut terus mengampu dan berkata, "Jadi Cik Liu, kamu kenal dia ini?"

Liu Anan ketawa mengejek dan berkata, "Bagaimana mungkin saya tidak mengenalinya? Dia secara tiba-tiba ditempatkan di universiti terkemuka, padahal dia merupakan pelajar yang teruk di sekolah. Itulah yang membuatkannya terkenal di sekolah kami. Bukan begitu, Lengbing?"

Dahi Fu Lengbing berkerut dan dia memandang ke arah Su Qianci yang kelihatan berbeza daripada anggapannya. Su Qianci mempunyai wajah yang cantik. Hidungnya mancung, matanya besar, dan rambutnya hitam bersinar dan lembut. Dia mempunyai gaya rambut yang sangat ringkas, rambut hitam lurus panjangnya dipisahkan di bahagian tengah, dan menjadikan wajahnya kelihatan lebih menarik.

Ketika di sekolah menengah, Su Qianci merupakan pelajar yang dikenali. Pada waktu itu, dia ialah pelajar yang bermasalah dan tidak mempunyai gaya yang baik. Rambut dan pakaiannya berinspirasikan Gothic. Sekarang dia telah mengubah gayanya, dan bertukar menjadi sangat cantik menyebabkan Fu Lengbing tidak mampu berpaling daripada melihatnya.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Liu Anan, pembantu kedai itu seperti memahami dan bertambah marah mengenai Su Qianci. Dia mengibaskan tangannya dan berkata, "Pergi, jika tidak, saya akan panggil pengawal keselamatan!"

Su Qianci tersenyum sinis, lalu mengeluarkan dompetnya dari beg tangan. Sambil menayangkan sekeping kad hitam di tangannya, dia bertanya, "Adakah kad ini mencukupi?"

Sebaik melihat kad hitam tersebut, pembantu kedai yang sedang ingin berkata sesuatu terdiam secara tiba-tiba. Dia kemudiannya mengambil kad hitam itu, memeriksanya dan berkata, "Ini bukan kad palsu."

Kad hitam sebegitu kebiasaannya mempunyai sekurang-kurangnya 5 juta dolar di dalamnya! Melihat reaksi terkejut pembantu kedai itu, Su Qianci menoleh kembali kepada baju yang menarik perhatiannya tadi dan berkata, "Biar saya cuba baju itu."

Kelihatan terpaksa, pembantu kedai itu mengambil baju tersebut dan menyerahkannya kepada Su Qianci dengan kedua-dua belah tangannya. Su Qianci mengambil baju itu dan masuk ke dalam bilik persalinan.

Setelah melihat kad hitam tadi, Liu Anan kelihatan cemburu dan mengetap giginya. Dia ketawa sinis. "Saya tertanya-tanya mengapa dia menjadi begitu yakin. Ternyata dia adalah perempuan simpanan. Boleh tahan. Menjadi perempuan simpanan merupakan sumber pendapatan."

Bab berikutnya