webnovel

Bosan dengan Tubuhnya dan Tidak Lagi Menyukainya

Editor: EndlessFantasy Translation

Tangkap mereka secara terang-terangan…

Perkataan itu digunakan untuk Li Sicheng. Su Qianci merasakan dadanya sesak dan matanya hangat serta basah. Dia mengeluarkan telefonnya dan menghubungi Li Sicheng. Sekarang sudah lebih jam lapan pagi di Dublin. Kebiasaannya apabila tidak bersamanya, Li Sicheng sudah bangun pada waktu ini dan membuat kerja. Tetapi… telefon itu terus berdering buat masa yang lama sebelum akhirnya dijawab. Kedengaran suara yang jelas baru bangun dari tidur. "Ada apa?"

Mendengar dua perkataan itu, Su Qianci berasa lebih sesak daripada sebelumnya. Soalan itu seakan tukul berat yang memukul hatinya. Matanya terasa sakit dan dia terus menangis. Tanpa berkata apa-apa, dia terus memutuskan panggilan itu.

Li Sicheng sedikit bingung. Dia duduk dan melihat beberapa mesej WeChat yang belum dibacanya. Dia tidak mempunyai ramai rakan WeChat. Jumlah rakan WeChatnya tidak lebih 30 orang dan kesemuanya ialah keluarga atau kawan-kawan. Dia melihat mesej yang datang daripada Ou Ming. Sebaik membaca mesej dan melihat gambar yang dihantar, Li Sicheng merenung skrin telefonnya seketika sebelum tiba-tiba tersenyum.

*****

Su Qianci menggigit bawah bibirnya dan memandang Lu Yihan, Matanya yang kemerahan masih basah dengan air mata. "Kamu tahu apa yang berlaku kepada dia?"

Lu Yihan tidak sanggup melihat Su Qianci menangis lalu mengangkat tangannya untuk menyapu air mata itu. Namun tangannya terkaku di udara sebelum dia mengeluarkan tisu dan menghulurkannya kepada Su Qianci. "Tak tahu."

"Jadi kenapa kamu cakap saya boleh tangkap mereka secara terang-terangan? Kamu ada nampak dia dengan perempuan lain?" Suara Su Qianci kedengaran penuh amarah. "Yihan, dia dingin dengan saya sejak beberapa hari lalu, berbeza dengan sikapnya yang biasa. Dulu dia sentiasa mahu habiskan masa dengan saya. Sekarang telefon saya pun tidak. Saya bawa anak-anak ke Maldives dan hampir jadi gila memikirkannya. Kamu tahu, saya tak tahu apa salah saya. Betulkah lelaki boleh jadi bosan dengan tubuh seorang wanita dan tak akan sukakannya lagi?"

Walau bagaimanapun, Li Sicheng sepatutnya tidak seperti itu. Li Sicheng, Li Sicheng suaminya patut tidak sebegitu…

Lu Yihan hanya diam. Matanya kelihatan dipenuhi dengan makna tersembunyi dan riak wajahnya sukar ditafsir. Kemudian dia berkata, "Bukan semua lelaki seperti itu…" Bermakna kebanyakan lelaki adalah seperti itu.

Su Qianci berasa kecewa dan terduduk di sofa dengan tertekan. Lu Yihan memandangnya dan turut berasa tidak senang hati. Dia amat mengenali Su Qianci. Su Qianci berasal dari rumah anak yatim piatu dan sentiasa berasa tidak yakin kepada diri-sendiri. Memikirkan betapa baik layanan Li Sicheng sebelum ini dan empat tahun perpisahan mereka, tidak pelik jika Su Qianci berasa tidak yakin dengan suaminya itu.

Tapi… Apapun, peluang untuknya memang langsung tiada. Lu Yihan sangat tahu tentang itu. Dia tunduk dan merasakan tekanannya lebih teruk daripada tekanan yang dirasakan Su Qianci sekarang.

"Pergilah masuk dan tidur. Saya akan perhatikan Li Sicheng. Saya akan telefon kamu kalau ada apa-apa berlaku."

Anak-anaknya amat keletihan selepas penerbangan yang lama dan telah tertidur. Su Qianci mendengar kata-kata Lu Yihan lalu mengangguk dan masuk ke biliknya. Namun dia tidak tidur, sebaliknya merenung siling dengan kebingungan. Apa yang sedang dilakukannya ini? Datang ke luar negara untuk menangkap suaminya yang curang? Hatinya seakan dipukul oleh sesuatu. Satu fikiran yang tidak dapat dijelaskan datang kepadanya: dia ialah isteri Li Sicheng yang diabaikan…

Bab berikutnya